1 Azam

1Azam-Records-55.3pc-Cut-In-National-Poverty-Rate

Program 1 Azam termasuk Azam Niaga dan Azam Khidmat telah menarik pelbagai individu untuk menyertai sebanyak 20 perniagaan mikro yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Jumlah peruntukan hampir RM48 juta yang telah diperuntukkan kepada KPWKM juga telah digunakan dalam melaksanakan program 1 Azam yang melibatkan kos barangan peralatan program. Di samping itu, Jelajah 1 Azam yang akan dilaksanakan oleh Menteri KPWKM di tujuh buah negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah, dan Sarawak dalam memberi pendedahan ilmu mengenai pengurusan kewangan dan keusahawan diharapkan mampu untuk memberi manfaat dalam mengubah taraf hidup rakyat Malaysia.

Justeru itu, bagi mengalakkan individu dengan pendapatan rendah untuk menaikkan taraf hidup mereka, beberapa bidang baru khususnya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merangkumi aktiviti pertanian, perniagaan mikro, penempatan pekerjaan, dan penyediaan perkhidmatan telah diperkenalkan oleh KPWKM. Antara projek pertanian yang dapat dilakukan melalui Azam Tani termasuklah ternakan, tanaman yang membolehkan individu mendapat pulangan yang cepat, pertanian berkelompok, dan projek hiliran hasil pertanian. Projek Azam Tani juga telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan beberapa agensi lain di peringkat negeri.

Faktor pemilihan program Azam

image_gallery

Projek Azam Niaga yang dilaksanakan oleh KPWKM pula akan memberi kredit mikro dan kemudahan latihan kepada individu untuk berniaga secara kecil-kecilan dalam menjual barangan kraftangan, produk makanan dan minuman, serta perniagaan runcit. Projek ini telah mendapat kerjasama daripada agensi KPWKM dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). KPWKM juga menawarkan projek Azam Kerja untuk menarik individu secara penempatan kerja. Ini membolehkan mereka yang produktif tanpa memerlukan kemahiran dan pendidikan tinggi untuk mendapatkan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia.

Projek Azam Khidmat adalah projek terakhir dalam rangka NKRA yang dilaksanakan khusus untuk individu berpendapatan rendah menjadi usahawan atau pekerja sambilan dan sepenuh masa. Projek Azam Khidmat yang mendapat kerjasama daripada KPWKM dan AIM akan memberi latihan kemahiran bagi perkhidmatan yang ingin diceburi oleh individu dalam projek ini.

Syarat Permohonan Program 1 Azam

Individu yang berminat untuk membuat permohonan Program 1 Azam perlulah mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KPWKM. Antaranya;

  1. Individu adalah seorang warganegara Malaysia.
  2. Individu telah didaftarkan dengan sah sebagai salah satu peserta eKasih bagi kategori Miskin atau Miskin Tegar.
  3. Individu memperolehi pendapatan minimum sebanyak RM1,500 sebulan bagi kategori Bandar dan RM1,000 sebulan bagi kategori Luar Bandar.
  4. Individu berusia antara 18 sehingga 55 tahun.
  5. Individu mempunyai minat, berpengalaman, dan berkemahiran dalam menjalankan perkhidmatan dan perniagaan secara skala kecil yang telah ditetapkan oleh KPWK

Permohonan

Mereka yang layak boleh medaftar untuk program 1Azam di Pejabat  Pembangunan  Negeri yang terdekat.