CARA KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 3 FLEKSIBEL

Akaun 3 KWSP atau Akaun Fleksibel merupakan akaun baharu yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan mengambil kira 10 peratus jumlah simpanan ahli. Akaun ini bagi membolehkan pekerja untuk membuat pengeluaran wang pada bila-bila masa sahaja bagi memenuhi keperluan kewangan yang mendesak dalam masa yang singkat. Namun, ia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dan sebaiknya wang tersebut dikeluarkan sekiranya benar-benar dirasakan perlu sahaja.

 

Syarat-syarat Pengeluaran

  • Merupakan warganegara dan bukan warganegara​ 
  • Berumur 55 tahun ke bawah 
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  • Had pengeluaran minimum RM50 dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja
  • Pengeluaran boleh dimohon melalui aplikasi KWSP i-Akaun, portal i-Akaun ahli dan cawangan pejabat KWSP yang berdekatan
  • Untuk pekerja bukan warganegara Malaysia, had maksimum adalah RM3,000 bagi setiap transaksi 

 

Pengeluaran Akaun Fleksibel Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun

  • Login masuk ke i-Akaun menggunakan ID ahli samada melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web
  • Klik butang Pengeluaran pada bar navigasi di bahagian bawah
  • Kemudian, klik butang Fleksibel
  • Pada ruangan Pengeluaran dari Akaun Fleksibel, semak butiran yang dipaparkan
  • Kemudian klik butang Keluarkan simpanan
  • Mesej peringatan akan dipaparkan dan klik butang OK untuk meneruskan permohonan
  • Masukkan jumlah pengeluaran dan klik butang Teruskan
  • Pilih senarai bank atau akaun bank untuk kredit wang pengeluaran dan sekiranya ingin menggunakan akaun lain, klik butang Guna Akaun Bank Lain
  • Akaun bank yang dipilih mestilah masih aktif dan kemudian klik butang, Ya saya pasti
  • Pastikan anda menyemak setiap butiran dengan teliti sebelum klik butang Teruskan bagi langkah seterusnya
  • Sebelum klik butang Terima, pastikan telah membaca pengisytiharan pengeluaran terlebih dahulu sebelum meneruskan permohonan
  • Klik butang Luluskan melalui i-Akaun Secure bagi meneruskan permohonan
  • Kemudian, bagi tujuan pengesahan, klik butang Sahkan melalui i-Akaun Secure
  • Setelah semakan dibuat melalui sistem, status pengeluaran akan dipaparkan
  • Skrol dan pilih ikon Selesai atau Muat Turun Resit bagi memuat turun salinan transaksi yang telah berjaya
  • Cara pengeluaran ini adalah sama sekiranya menggunakan portal web i-Akaun (ahli)

 

Dokumen Sokongan

Tiada dokumen sokongan diperlukan, namun ahli perlu pastikan akaun bank masih aktif bagi memudahkan proses pembayaran ke akaun ahli

 

Pengesahan Cap Jari

Pengesahan identiti adalah melalui sistem e-KYC secara automatik. Walau bagaimanapun, pengesahan cap jari diperlukan bergantung kepada jumlah pengeluaran iaitu seperti berikut:

 

  1. a) RM50.00 hingga RM3,000.00
  • Permohonan diproses secara automatik melalui sistem dan tidak perlu hadir ke pejabat KWSP

 

  1. b) RM3,000.01 hingga RM30,000.00

Ahli perlu hadir ke pejabat KWSP sekiranya:

  • Tiada rekod pengeluaran terdahulu; ATAU
  • Maklumat akaun bank tidak sepadan dengan rekod KWSP; ATAU
  • Pengesahan e-KYC gagal; ATAU
  • Merupakan pekerja bukan warganegara Malaysia

  1. c) RM30,000.01 dan ke atas
  • Ahli warganegara Malaysia, bukan warganegara Malaysia serta pemastautin tetap Malaysia wajib hadir di cawangan pejabat KWSP bagi membuat pengesahan cap jari

 

Kaedah Bayaran

  • Bayaran adalah secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli yang masih aktif dan didaftarkan atas nama sendiri sahaja
  • Pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah mendapat kelulusan