Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Bantuan BKM fasa 3 di bulan September

Bayaran BKM Mac fasa 1

Pembayaran BKM fasa 1 dijangka dibuat pada Bulan MAC pada tarikh yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

 

 

Kategori Penerima BKM

 

Isi Rumah

-Kahwin (ada atau tiada anak)

-Ibu bapa tunggal/balu/janda

-Pendapatan RM5,000 ke bawah

Warga Emas \Tiada Pasangan 

-Bujang atau

-Ibu bapa tunggal/ Balu /Janda duda yang tiada anak

-Had umur 60 tahun ke atas

-Pendapatan RM5,000 ke bawah

Bujang

-Bujang

Ibu bapa tunggal/balu/janda yang tiada anak

-Had umur 21 tahun sehingga 59 tahun

-Berumur 19 tahun dan ke atas bagi orang kurang upaya atau

-Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah

Semakan , Permohonan BKM 2022

 

Kesemua maklumat Bantuan Keluarga Malaysia BKM boleh disemak di laman rasmi BKM iaitu. Mereka yang sudah layak dalam bantuan sebelum ini dan tidak mempunyai perubahan maklumat tidak perlu untuk memohon Bantuan Keluarga Malaysia.

https://bkm.hasil.gov.my

 

Bayaran BKM

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia dijangka dibuat 4 kali pada tahun 2022. Fasa pertama BKM dijangka bermula bulan Mac 2022 pada tarikh yang belum ditentukan.

 

Rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria akan menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 selaras dengan pengumuman yang telah dibuat semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang – Undang Perbekalan 2022. Pengumuman ini telah dibuat pada 24 November 2021 yang lalu. Tujuan BKM diberikan adalah untuk membantu golongan rentan yang memerlukan dengan kadar bantuan antara RM 350 hingga RM 2,000. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 8.2 bilion untuk pemberian BKM dan ianya akan dapat memanfaatkan 9.6 juta penerima. 

 

Individu yang menerima Geran Khas Prihatin (GKP) tetapi tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas Covid (BKC) B40 akan turut dipertimbangkan secara automatik berdasarkan kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan tanpa perlu membuat permohonan baru. Data penerima BPR dan BKC B40 terdahulu turut disemak secara semakan silang daripada pelbagai agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), e-Kasih, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Baitulmal bagi mengurangkan kesalahan maklumat penerima.

 

Permohonan baharu juga boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 sekiranya pemohon tidak pernah menerima sebarang bantuan dari kerajaan. Ini adalah peluang kepada individu yang layak tetapi tiada sebarang maklumat dalam pangkalan data untuk membuat permohonan. Pemberian bantuan ini akan diberikan secara berperingkat iaitu sebanyak 4 kali agihan dan dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

 

Kriteria Permohonan

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda menepati syarat – syarat berikut :

 

  1. Kategori Isi Rumah
  • Berkahwin / ibu tunggal / bapa tunggal / janda / balu / duda 
  • Pendapatan bulanan RM 5,000 dan ke bawah
  • Mempunyai bilangan anak yang menepati syarat

 

  1. Kategori Warga Emas (Bujang / Tiada Pasangan)
  • Warga emas berstatus bujang / ibu tunggal / bapa tunggal / janda / balu / duda
  • Pendapatan bulanan RM 5,000 dan ke bawah
  • Tiada anak yang menepati syarat
  • Berumur 60 tahun dan ke atas

 

  1. Bujang
  • Invididu berstatus bujang / ibu tunggal / bapa tunggal / janda / balu / duda
  • Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
  • Tiada anak yang menepati syarat
  • Berumur 21 hingga 59 tahun 

 

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada penerima adalah berdasarkan kategori yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut :

  1. Isi rumah dengan pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • Jika bilangan anak (0) / tiada anak, bantuan adalah sebanyak RM 1,000
  • Jika bilangan anak antara 1 hingga 2 orang, bantuan adalah sebanyak RM 1,500 
  • Jika bilangan anak antara 3 orang ke atas, bantuan adalah sebanyak RM 2,000 

 

  1. Isi rumah dengan pendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000
  • Jika bilangan anak (0) / tiada anak, bantuan adalah sebanyak RM 400
  • Jika bilangan anak antara 1 hingga 2 orang, bantuan adalah sebanyak RM 600 
  • Jika bilangan anak antara 3 orang ke atas, bantuan adalah sebanyak RM 800 

 

  1. Warga emas bujang / tiada pasangan berpendapatan bawah RM 5,000 
  • Jika tiada anak, bantuan adalah sebanyak RM 600

 

  1. Bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah
  • Jika tiada anak, bantuan adalah sebanyak RM 350

 

Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan juga telah mengumumkan kadar tambahan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu tambahan sebanyak RM 500 untuk isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan RM 300 untuk isi rumah warga emas yang masing – masing mempunyai anak menepati syarat. Perubahan kadar tambahan yang ditetapkan kerajaan adalah seperti berikut :  

 

  1. Kategori isi rumah berstatus IBT (pendapatan di bawah RM 2,500)
  • Bantuan sebanyak RM 2,000 untuk bilangan anak 1 hingga 2 orang 
  • Bantuan sebanyak RM 2,500 untuk bilangan anak 3 orang dan ke atas 

 

  1. Kategori isi rumah berstatus IBT (pendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000  
  • Bantuan sebanyak RM 1,100 untuk bilangan anak 1 hingga 2 orang 
  • Bantuan sebanyak RM 1,300 untuk bilangan anak 3 orang dan ke atas 

 

  1. Kategori isi rumah berstatus warga emas (pendapatan bawah RM 2,500)  
  • Bantuan sebanyak RM 1,800 untuk bilangan anak 1 hingga 2 orang 
  • Bantuan sebanyak RM 2,300 untuk bilangan anak 3 orang dan ke atas 

 

  1. Kategori isi rumah warga emas (pendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000)  
  • Bantuan sebanyak RM 900 untuk bilangan anak 1 hingga 2 orang  
  • Bantuan sebanyak RM 1,100 untuk bilangan anak 3 orang dan ke atas  

 

Setiap penerima BKM hanya layak menerima satu kadar tambahan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

 

Tarikh Permohonan  

Permohonan dibuka mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 dan tertakluk kepada maklumat terkini.

 

Tarikh Bayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat sebanyak 4 kali dan dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

 

Kaedah Pembayaran

Terdapat dua kaedah pembayaran iaitu melalui pengkreditan akaun bank dan pembayaran melalui kaunter bank.

 

  • Melalui Akaun Bank
  • Wang bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima
  • Sekiranya terdapat sebarang pindaan maklumat akaun bank, ianya perlu dikemaskini di dalam sistem pangkalan data bagi mengelakkan kegagalan pembayaran bantuan
  • Jika maklumat akaun bank tidak dikemaskini, pembayaran akan gagal dikreditkan dan penerima perlu ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat tuntutan

 

  1. B) Penerima Tiada Akaun Bank
  • Penerima boleh membuat tuntutan di cawangan BSN yang berhampiran