Berita baik, BSH untuk bujang akan diperkenalkan bagi BSH tahun 2020. Kerajaan PH telah memperuntukan 5 billion bagi membantu golongan B40 di Malaysia. Bantuan ini akan diperluskan kepada mereka yang bujang. Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng mengatakan gologan bujang sebatang kara akan mendapat perhatian dan bantuan dari kerajaan.
Dua kategori baru diperkenalkan iatu, kategori OKU dan kategori Bujang. Sejumlah 1.2 juta penerima BR1M bakal mendapat bantuan pada tahun 2020. Golongan OKU juga mendapat bantuan dari kerajaan untuk tahun 2020. Kategori OKU akan mendapat RM 300 jika mereka mempunyai status OKU dan berpendapatan RM 2,000 ke bawah.
Mereka yang layak mendapat bantuan BSH bujang pada tahun 2019 akan mendapat bantuan pada tahun 2020. Sebanyak Rm300 akan dikredit kepada akaun penerim bermula Mac tahun 2020.
Kategori Bujang
- Bantuan RM 300
- Berpendapatan Bawah RM 2,000 sebulan
- Berusia melebihi 40 tahun
Kategori OKU
- Bantuan RM 300
- Berstatus OKU di Jabatan Pendaftaran Negara
- Berpendapatan Bawah RM 2,000 sebulan
- Berumur 18 tahun ke atas
Kedua dua kategori ini juga layak untuk mendapat bantuan Skim Takaful MySalam. Satu skim insurans bagi penerima BSH.
Bantuan kepada gologan bujang telah di kembalikan setelah Tan Sri Muhyidin Yassin menyarankan agar kerajaan menolong golongan bujang. Oleh itu , bantuan ini telah dikaji semula pada perbentangan Bajet 2020. Untuk bantuan BR1M, golongan bujang mendapat RM450 di zaman kerajaan Barisan Nasional tetapi bantuan untuk golongan ini telah ditukar oleh kerajaan PH. Kerajaan PH berpendapat bahawa gologan bujang harulah berdikari. Bantuan BR1M diperbaiki oleh kerjaan PH agar semua rakyat dari segala golongan dan latar belakang akan terus mendapat pertolongan dari kerajaan. Untuk bantuan BR1M, golongan bujang mendapat bantuan RM250 pada tahun 2013, RM350 pada tahun 2014, RM400 pada tahun 2015 dan RM450 pada tahun 2017, 2018.
Bantuan BSH yang sediakala juga akan diteruskan berdasarkan dengan pengkalan data BSH tahun 2019. Bantuan ini membuktikan kerajaan adalah perihatin terhadap kebajikan rakyat terutamanya gologogan Bujang dan OKU. Untuk menyemak status BSH, penerima perlulah mengisi nombor kad pengenalan mereka di laman sesawang BSH.