Tarikh pilihanraya Sarawak 2016

sarawak_assembly_spr_300

Tarikh Penting

Pernamaan Calon: 25 April 2016

Pilihanraya Awal: 3 Mei 2016

Philianraya Biasa; 7 Mei 2016

 

Tarikh Pilihanraya Negeri Sarawak telah ditetapkan oleh SPR Malaysia. Pilihanraya ke-11 Sarawak akan berlangsung pada 7 Mei 2016. Pengumumman tarikh telah dibuat oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas mesyuarat khas selepas pengbubaran  Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak. Notis pilihanraya akan dibuat pada 15 April 2016.

Pilihanraya Sarawak adalah yang ke 11 dilangsungkan. Di samping itu, terdapat juga tarikh yang penting sebelum pilihanraya. Pernamaan Percalonan akan ditetapkan pada 25 April 2016 pada hari Isnin. Pengundian awal akan berlangsung pada 3 Mei 2016.

prn sarawak

Penyemakan Status Pengundi

Pengundi haruslah menyemak status pengudian mereka. Mereka boleh melayari laman sesawang SPR di http://daftarj.spr.gov.my  bagi menyemak status pengudian mereka seperti daerah mengundi dan status pendaftaran.

Selain dari itu, status pengundian juga boleh dibuat dengan penghantaran SMS. Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No.IC kepada nombor 15888 ataupun mengubungi telefon SPR di 03-8892700

Informasi PRN-11 Sarawak

Tempoh kempen telah ditetapkan kepada12 hari.  Pada umumnya, terdapat 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Sarawak. Seramai 82 Pegawai Pengurus juga telah dilantik bagi mengurus setiap 82 kerusi DUN di PRN-11. Sebanyak 1879 lokasi akan digunakan sebagai pusat mengundi dan seramai 21,000 angota akan bertugas dalam seluruh tempoh pilihnaraya. Pada tahun ini, sebanyak 11 kerusi DUN telah ditambankan. Ini termasuk Kerusi Dun Gedong, Dun Stakan, Dun Batu, Dun Serembu, Dun Tellian, Dun Samalaju, Dun Murum, Dun Selirik, Dun Long Lama, Dun Serian dan Dun Kabong.

PRN-11 Sarawak diangarkan akan memelan perbelanjaan sebanyak RM136 juta. Terdapat 1,118,650 pengundi berdaftar dimana 1,113,522 adalah pengundi biasa. Seramai 25,022 pengundi akan mengundi awal manakala 106 pengundi yang tidak dapat hadir akan mengundi secara pos

PRN-11 Sarawak dianggap penting kerana ini akan menjadi indikator bagi parti-parti politik Malaysia untuk menghadapi PRU ke-14 pada tahun 2018. Pada pilihanraya negeri lalu yang berlangsung pada tahun 2011, BN telah memenangi 55 kerusi, manakala DAP memenangi 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan satu dimenangi oleh calon bebas daripada sejumlah 71 kerusi yang dipertandingkan. Pada pilihanraya tahun 2006 pula, BN telah memenangi 63 kerusi manakala DAP dan PKR telah memenangi sebanyak 8 kerusi.

Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan seramai 74 calon yang bertanding atas Barisan Nasional.