Permohonan Rumah Prima 2016

pr1ma-houses

Pelbagai soalan masih belum mempunyai jawapanya yang tersendiri sejak kerajaan Malaysia melancarkan rumah PRIMA (bernilai antara RM100,000 hingga RM400,000) beberapa tahun yang lalu termasuklah cara permohonan dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh mereka.

Syarat Wajib Bagi Pemohon

Pemohon perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajan seperti;

  • Kewarganegaraan Malaysia
  • Berumur 21 dan ke atas
  • Tidak mempunyai lebih daripada 1 buah rumah (bagi pemohon bujang dan berkahwin)
  • Pendapatan bulanan keluarga adalah antara RM2,500 hingga RM10,000 (termasuk elaun, bonus, komisyen) dan berdasarkan kiraan bagi 3 bulan yang terkini

Dokumen

Dokumen permohonan yang diperlukan oleh kerajaan bagi mendapatkan sebuah rumah PRIMA termasuklah;

  • Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
  • Salinan kad pengenalan pasangan (depan & belakang) sekiranya pemohon telah berkahwin
  • Salinan sijil kelahiran anak
  • Salinan penyata gaji yang terkini (bagi kakitangan awam atau swasta) atau rekod transaksi bank yang terkini (bagi pemohon yang bekerja sendiri atau pemohon yang memiliki perniagaan sendiri)

Langkah Permohonan Rumah PRIMA

  1. Pendaftaran
  • Melayari laman sesawang https://register.pr1ma.my/Account/Register untuk mendaftar akaun baru
  • Mengisi borang yang berada dalam talian
  • Pilih lima lokasi pilihan perumahan PRIMA
  • Memuat naik semua dokumen yang perlu diisi di dalam borang tersebut
  • Pemohon akan mendapat nombor rujukan PRIMA selepas mematuhi langkah (a) hingga (d)
  • Pemohon akan menerima e-mel yang memberitahu permohonan mereka telah diterima
  • Sekiranya ada kekosongan permohonan bagi rumah PRIMA di tempat pilihan pemohon mereka akan dimaklumkan melalui e-mel

Ini hanyalah langkah pertama dalam pendaftaran bagi pemohon memilih lokasi perumahan PRIMA yang mereka minat. Kemudian, mereka dikehendaki untuk log masuk sekali lagi untuk melengkapkan permohonan mereka.

  1. Permohonan Rasmi
  • Pemohon yang bekerja sendiri atau pemohon yang memiliki perniagaan sendiri perlu menyediakan salinan cukai pendapatan dari LHDN, dan salinan rekod transaksi bank untuk 3 bulan yang terkini
  • Kakitangan Awam atau Swasta perlu menyediakan salinan status pekerjaan termasuk alamat, salinan penyata gaji untuk 3 bulan yang terkini, dan salinan penyata EPF yang terkini.
  • Klik “Permohonan” untuk melihat informasi berkaitan projek PRIMA seperti lokasi, saiz, harga, dan sebagainya.
  • Pemohon perlu memuat naik informasi yang berikut setelah pemohon memilih rumah PRIMA yang sepadan dengan kelayakan dan minat mereka;
  • Hantar sebelum tarikh tutup permohonan
  • Pemohon akan menerima e-mel yang memaklumkan mereka mengenai permohonan yang telah dihantar

Sekiranya pemohon lebih ramai daripada unit perumahan yang telah disediakan oleh kerajaan, pengundian akan dilaksanakan. Kemudian, keputusan pengundian akan dipamerkan di laman sesawang http://www.pr1ma.my. Mereka yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

Maklumat Lanjut

Pemohon yang memerlukan maklumat lanjut mengenai perumahan PRIMA boleh melakukan sedemikian secara;

  1. Panggilan di talian: 03-79624374
  2. Atau melalui e-mail di: [email protected]
  3. Atau melayari laman sesawang di: http://www.pr1ma.my/contact.php?lang=bm
  4. Atau melawat tempat di alamat berikut;

Jabatan Perumahan Negara , Aras 30-38,   No.51 Persiaran Perdana,     Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,    62100 Putrajaya.