Skim yang ditaja oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membolehkan pelajar di institusi pendidikan tinggi tempatan untuk memperoleh pinjaman pendidikan bagi membiayai bayaran pendidikan mereka.
- Terma dan Syarat Dalam Permohonan Pinjaman
- Rakyat Malaysia yang berusia tidak lebih daripada 45 tahun ketika membuat permohonan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit dalam mana-mana subjek atau sekurang-kurangnya 5B dalam Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC)
- Pemohon sekurang-kurangnya telah memperoleh kelayakan yang setaraf dengan SPM dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia seperti A-Level, Asasi, dan Matrikulasi
- Pemohon telah mendaftar kursus sepenuh masa pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pemohon di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta mestilah mematuhi syarat kelayakan yang telah diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala sijil yang berkaitan dan surat kelulusan mestilah disertakan bersama.
- Baki tempoh pengajian ketika permohonan mestilah melebihi satu tahun.
- Pemohon tidak mempunyai penaja yang lain.
- Bagi pelajar yang memohon untuk kali kedua, segala pinjaman lanjutan daripada PTPTN untuk permohonan terawal mestilah dibayar terlebih dahulu
- Pemohon mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Permohonan Atas Talian
- Permohonan pinjaman PTPTN hanya boleh dilakukan secara atas talian di alamat http://www.ptptn.gov.my/gateway. Salina asal borang permohonan pinjaman tidak lagi diterima oleh PTPTN.
- Tarikh Tutup Permohonan Secara Atas Talian
Tarikh tutup permohonan untuk Semester 1 adalah pada 15 Mac 2016 dan 15 April 2016 manakala Semester 2 adalah pada 30 September 2016 dan 15 November 2016.
- Amaun Pinjaman
Amaun pinjaman yang akan dibayar kepada pemohon adalah tertakluk kepada kelulusan daripada PTPTN seperti berikut;
- Amaun pinjaman setahun maksimum bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan & Sains adalah sebanyak RM14,030 setahun, amaun pinjaman untuk 75% adalah sebanyak RM10,520, dan amaun pinjaman untuk 50% adalah sebanyak RM7,010
- Amaun pinjaman setahun maksimum bagi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan & Seni adalah sebanyak RM13,600 setahun, amaun pinjaman untuk 75% adalah sebanyak RM10,200, dan amaun pinjaman untuk 50% adalah sebanyak RM6,800
- Amaun pinjaman setahun maksimum bagi Ijazah Sarjana Muda Farmasi adalah sebanyak RM17,000 setahun, amaun pinjaman untuk 75% adalah sebanyak RM12,750, dan amaun pinjaman untuk 50% adalah sebanyak RM8,500
- Amaun pinjaman setahun maksimum bagi Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan adalah sebanyak RM30,000 setahun
Kelayakan pelajar untuk kategori pinjaman masing-masing akan ditentukan melalui pendapatan ibu bapa mereka seperti berikut (kecuali Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan);
- Maksimum: Sekiranya ibu bapa pemohon atau pemohon ialah penerima BR1M
- 75%: Sekiranya pendapatan ibu bapa pemohon adalah kurang daripada RM8,000 sebulan (tidak berada dalam data BR1M)
- 50%: Sekiranya pendapatan ibu bapa pemohon adalah lebih daripada RM8,000 sebulan (tidak berada dalam data BR1M)
- Pembayaran Pinjaman
Pembayaran pinjaman akan dikreditkan secara terus ke akaun peribadi pelajar melalui Bank Commerce International Merchant Bankers (CIMB) Berhad.
Pembayaran pertama pinjaman hanya akan dilakukan selepas perjanjian lengkap telah diterima oleh PTPTN. Pembayaran seterusnya akan dilakukan selepas PTPTN menerima pengesahan daripada Universiti mengenai perkembangan pelajar ke semester hadapan dan telah mendapat markah tidak kurang daripada 50% dalam Markah Purata Wajaran (WAM) atau lulus dalam semester sebelumnya.
- Insurans
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN mempunyai insurans pinjaman untuk melindungi pinjaman yang diluluskan oleh PTPTN sekiranya peminjam meninggal dunia. Di bawah konsep perlindungan Takaful, amaun pinjaman yang diluluskan oleh PTPTN kepada semua peminjam akan dilindungi sepenuhnya oleh pengendali takaful yang telah dilantik oleh PTPTN sepanjang tempoh pembayaran pinjaman.
- Penangguhan Pembayaran Pinjaman
Pembayaran pinjaman akan ditangguhkan untuk semester tertentu sekiranya ia menepati sebab-sebab berikut;
- Pelajar gagal untuk mengekalkan markah sebanyak 50% dan ke atas untuk setiap semester.
- Pelajar menangguhkan pelajaran mereka.
- Pembayaran Balik Pinjaman
Pembayaran balik pinjaman adalah berdasarkan perjanjian pinjaman.
Kos pentadbiran sebanyak 1% setahun akan dikira selepas 6 bulan pemohon menyelesaikan pelajaran mereka atau penamatan pinjaman seperti yang dinyatakan dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Tiada pemotongan yang akan dikenakan pada kos pentabdiran.
Pembayaran balik pinjaman akan dimulakan selepas 6 bulan pemohon menyelesaikan pelajaran mereka. Penangguhan pembayaran balik boleh dipertimbangkan untuk peminjam yang melanjutkan pelajaran mereka dan kepada mereka yang tidak bekerja. Permohonan kepada PTPTN mestilah dihantar. Walau bagaimanapun, kos pentadbiran akan dicaj semasa tempoh penangguhan.
Maklumat lanjut mengenai permohonan pinjaman PTPTN boleh didapatkan dengan menghubungi talian hotline PTPTN di +603- 20804455 atau secara e-mel di alamat [email protected].