Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 (STR Fasa 4) ini akan memberi manfaat kepada seramai 8.8 juta penerima dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM2 billion. Kadar bayaran sehingga RM700 telah ditetapkan mengikut kategori ini akan mula disalurkan mulai 18 Oktober 2025 , manakala 200,000 pemohon yang baharu diluluskan serta kategori rayuan akan mula menerima bantuan pada 13 November 2025. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan BSN mulai 21 Oktober 2025 termasuk penerima di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Permohonan baharu ini adalah susulan keputusan pihak kerajaan yang bersetuju memberi peluang kepada pemohon baru serta rayuan dari pemohon yang gagal.
Bagi pembayaran secara tunai di kaunter BSN, penerima perlu membawa kad pengenalan sebagai pengesahan dan wakil yang berdaftar sahaja yang boleh membuat penunaian STR ini.
Pembayaran STR Fasa 4 Mengikut Kategori
Kategori Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500
- Penerima 3.1 juta dengan kadar bantuan bermula dari RM200 hingga RM700
- Implikasi kewangan sebanyak RM1.1 bilion
Kategori Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501-RM5,000
- Penerima 1.0 juta dengan kadar bantuan bermula dari RM100 hingga RM350
- Implikasi kewangan sebanyak RM0.2 bilion
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima 1.3 juta dengan kadar bantuan sebanyak RM150
- Implikasi kewangan sebanyak RM0.2 bilion
Kategori Bujang
- Penerima 3.4 juta dengan kadar bantuan sebanyak RM150
- Implikasi kewangan sebanyak RM0.5 bilion
Cara Menyemak Status Kelayakan
- Pemohon boleh membuat semakan di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah
- Klik pada butang Semakan Status Bayaran
- Pilih Fasa 4 – 2025 untuk melihat butiran lengkap
- Semak jumlah, tarikh kredit serta status bayaran (lulus/dalam proses/ditolak)
- Sila hubungi sekretariat LHDNM untuk keterangan lanjut sekiranya status menunjukkan DITOLAK atau DALAM SEMAKAN
Kerajaan MADANI hari ini dilihat sangat prihatin terhadap kos sara hidup masyarakat yang saban hari semakin meningkat sedangkan pendapatan isi rumah masih di bawah paras kemiskinan. Penyaluran STR ini sememangnya dapat mengurangkan beban kewangan masyarakat Malaysia yang dihadapi sehingga hari ini. Bagi yang masih gagal mendapat bantuan STR ini masih boleh membuat rayuan untuk STR 2026 sekiranya dirasakan layak memohon. Data pemohon akan disemak secara terperinci berdasarkan pangkalan data kerajaan serta agensi berkaitan. Setiap pemohon diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan kes-kes penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan STR ini.
