Skim Perubatan MADANI dilancarkan untuk golongan B40 bagi mendapat rawatan percuma.Buat masa ini, skim ini hanya beroperasi di Kinta, Timur laut Pulau Pinang, Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Hulu Langat, , Gombak, Kuching dan Kota Kinabalu. Skim perubatan MADANI adalah hasil kerjasama diantara Sektor perubatan awam and swasta. Skim ini telah mula beroperasi sejak Julai 2023. Skim diwujudkan bagi membantu golongan B40 untuk mendapat rawatan percuma di panel kllink swasta yang berdaftar. Lebih 700,000 isi rumah diangarkan akan mendapat manfaat dari bantuan ini. Sejumlah RM100 telah diperuntukan untuk tujuan skim Perubatan MADANI and inisiatif ini dijangka membantu golongan B40 disamping meringankan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Syarat dan Kelayakan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Kategori STR Bujang, Isi rumah dan Warga Emas
- Kelulusan adalah secara automatik
Ciri-Ciri Perubatan MADANI
Tiada sebarang bayaran akan dikenakan ke atas penerima Perubatan MADANI. Peneriman boleh mendapatan rawatan percuma sehingga peruntukan habis digunakan
Isi Rumah RM250
Warga Emas Tanpa Pasangan RM 125
Bujang RM75
Antara rawatan pesakit luar untuk penerima skim rawatan MADANI adalah seperti,
- Demam , selsema
- Murah , cirit birit
- Sakit Kepala
- Truma and kecederaan ringan
- Terseliuh
Semakan boleh dibuat di laman perubatan Madani
Penguna hanya perlu masukkan no kad pengenalan untuk membuat semakan kelayakan Perubatan Madani
Senarai Klinik berdaftar dengan Skim perubatan MADANI
Untuk mendapat rawatan di bawah MADANI, anda perlu ke panel klinik yang berdaftar dengan MADANI. Buat masa ini, SKIM Perubatan MADANI hanya beroperasi bandar seperti beroperasi di Kinta, Timur laut Pulau Pinang, Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, , Gombak, Kuching dan Kota Kinabalu