Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan yang ditujukan kepada pesawah ,pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA

 

Jumlah Bantuan

RM800

Dibawah BMT , RM 800 akan dibayar dalam empat bulan sehingga Februari 2024

Bayaran BMT

RM 200 akan dibayar setiap bulan sehingga bulan Febuari 2024.

  • November 2023
  • Disember 2023
  • Januari 2024
  • Februari 2024

Permohonan

Permohonan untuk BMT telah dibuka pada bulan Jun 2023. Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak boleh memohon di mana mana pejabat RISDA

Syarat dan Kelayakan

Bantuan BMT hanyalah terbuka kepada warganegara Malaysia and petani yang berdaftar dengan RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil ataupun Penoreh Getah yang berdaftar dengan RISDA
  • Memiliki tanah dari 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yag sah
  • Setiap lot pemilik tanah hanya boleh menerima satu permohonan bantuan sahaja

Penoreh Getah

  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) atau slip pengaktifan yang sah

 

Pekebun kecil perlulah memiliki tanah tersebut and mengusahakan lot tanah yang berkenaan. Keluasan tanah juga perlulah berukur dari 0.1 hektar sehingga 2.5hektar.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan Mykad pemohon
  • Salinan Geran asal tanah
  • Salinan Buku akaun bank yang aktif=