Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan. Program ini telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 dan dijayakan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Program ini dikendalikan di bawah tanggungjawab Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Kos yang diperuntukkan bagi program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat. Justeru, Kerajaan telah menawarkan Insentif Potongan Cukai Berganda dan Insentif HRDF-SL1M bagi meng menghargai komitmen yang diberikan oleh syarikat.

Program ini disasarkan kepada graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman dan graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi. Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah dengan tempoh maksimum setahun (12 bulan) namun bergantung juga kepada keperluan pihak syarikat yang melatih.

Kelayakan Peserta

  1. Graduan mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai keperibadian positif serta komited.
  2. Graduan berkelulusan sekurang – kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara
  4. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dnegan kelayakan atau gaji yang diterima
  5. Graduan perlu menghadiri temu duga SL1M. Kegagalan memberi maklumbalas atau menghadiri temu duga bermaksud graduan tidak lagi berminat dan tidak lagi memerlukan bantuan melalui Program SK1M. Oleh yang demikian, maklumat peserta akan dikeluarkan dari senarai peserta aktif untuk tujuan suai padan dengan syarikat.

Kelayakan Syarikat

  • Sebuah  syarikat  berdaftar  yang  mengambil  bahagian   dalam  SL1M dan  telah   disahkan   oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).
  • Pihak syarikat perlu mengemukakan struktur program latihan sepanjang Program SL1M bagi mendapatkan kelulusan dari pihak UPE.

Kelayakan Program

 

  • Program yang telah disahkan oleh UPE, di bawah SL1M.
  • Maksimum 2 bulan latihan kemahiran insaniah (Soft-Skills training) dan maksimum 10 bulan latihan industri (On-The-Job Training) yang disahkan oleh UPE, JPM.
  • Syarikat yang menyertai program adalah digalakkan untuk membantu graduan mendapatkan pekerjaan sebelum tamat program.

Pendaftaran SL1M

  1. Peserta

Sila klik pautan

  1. Syarikat

Sila muat turun borang di pautan ini

 

Maklumat mengenai pengambilan penyertaan SL1M boleh dirujuk di laman web Program SL1M.

Untuk menghubungi urusetia dan dapatkan maklumat lanjut, sila hubungi alamat dan nombor berikut:

Alamat :

Ketua Sekretariat SL1M

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri     

Kompleks B, Blok B5, Aras 3

62502 Putrajaya

Tel : 03-8872 5336 / 03-8872 5337 / 03-8872 5291 / 03-8872 3387

03-8872 3388 / 03-8872 3386 / 03-8872 3390 / 03-8872 3393

Faks : 03-8888 3857

Emel : [email protected]