MyHome

bannerbesarmyhome1

Permilikan rumah adalah hak semua rakyat Malaysia. Di masa keadaan ekonomi yang tidak menentu dan harga rumah yang tinggi MyHome telah dilancarkan. MyHome adalah program perumahan yang dianjurkan degan kerjasama oleh Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membantu gologan yang berpendapatan serdehana untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim MyHome

Dibawah program MyHome subisidi sebanyak RM 30,000 akan dibayarkan terus oleh kerajaan terus kepada Pemaju Swasta dan selebihan akan dibayar oleh pemilik rumah. Subsidi RM 30,000 adalah termasuk pembayaran deposit dimana perjanjian jual beli ditandatangani.

Terdapat dua skim yang dilancarkan oleh program MyHome iaitu program MyHome1 dan MyHome2. Di bawah MyHome1 ,jenis rumah adalah dari 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air dan berkeluasan 800 kaki persegi. MyHome1 adalah untuk isi rumah yang berpedapatan dari RM 3,000 ke RM 4,000. Harga jualan rumah bermula dari RM 80,000 ke RM 120,000 untuk Semenanjung dan bermula dari RM 90,000 ke RM 120,000 untuk Sabah dan Sarawak.

Manakala MyHome2 pula mempunyai 3 Bilik Tidur, 2 Bilik air dan berkeluasan 850 kaki persegi. MyHome2 adalah untuk isi rumah yang berpendapatan dari RM 4,001 hingga RM 6,000. Harga jualan rumah bermula dari RM 120,001 ke RM 200,000 untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

Di bawah pembangunan MyHome, ia dilenkapi kemudahan asa seperti taman permainan, parkir kederaan, dewan awam dan surau

Sekatan akan dikenakan kepada pemohon yang berjaya dimana mereka tidak boleh memindah ataupun menjual rumah di bawah MyHome kepada keluarga/saudara ataupun anak mereka selama 10 tahun. Sekatan ini akan dikenakan dalam perjanjian jual beli

Syarat Permohonan MyHome

Myhome terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan seisi rumah dari RM 3,000 hingga ke RM 6,000 bergantung kepada harge pembelian rumah. Permohon mestilah berumur dari 18 ke atas dan pembelian rumah mestilah dari rumah pertama. Harga pasaran rumah bermula dari RM 80,000 hingga ke RM 250,000. Hanya pembelian untuk satu rumah boleh dipohon oleh seisi rumah di bawah Myhome.

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Permohon mestilah berumur dari 18 ke atas
  • Pembelian rumah pertama sahaja
  • Perpendapatan isi rumah dari RM 3,000 ke RM 6,000

kriteri

Dokumen

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad pasangan suami ataupun isteri pemohon
  • Salinan bukti penyata gaji
  • Salinan MyKad/Mykid/Sijil Kelahiran tanggungan oleh pemohon

Permohonan

Permohonan Myhome boleh dibuat secara online di laman sesawang KPKT di senarai di atasi. Proses permohonan adalah amat mudah.