Cara Semakan Dividen ASB Online

Setiap tahun pastinya para pemegang akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ternanti-nanti jumlah dividen yang bakal diumumkan. Berapakah peratuskah dividen yang bakal diperolehi pada tahun tersebut.

Jika dahulu, setiap kali ingin menyemak dividen yang diterima, pelanggan harus ke kaunter ASB berhampiran bagi membuat semakan. Urusan ini agak menyukarkan kerana kaunter ASB hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja dan ini memberi kekangan kepada mereka yang sibuk bekerja.

Namun, di zaman serba teknologi ini, pelbagai aplikasi telah dibangunkan dan membolehkan para pelanggan membuat semakan akaun dengan mudah. Berikut adalah antara cara yang boleh digunakan oleh para pelanggan untuk membuat semakan.

Semak dividen ASB melalui portal myASNB

Pelanggan boleh membuat semakan akaun ASB menggunakan laman web rasmi dengan mudah. Cara untuk membuat semakan menggunakan portal myASNB adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web myASNB di https://www.myasnb.com.my
  2. Klik butang Log Masuk di menu sebelah kanan atas dan masukkan ID pengguna dan sahkan frasa keselamatan
  3. Klik YA jika betul dan masukkan kata laluan, kemudian klik butang log masuk
  4. Klik butang Setuju & Teruskan sekiranya bersetuju dengan terma syarat yang dikemaskini
  5. Anda akan dibawa ke laman web rasmi myASB jika tiada sebarang masalah dengan ID serta kata laluan 
  6. Anda boleh menyemak dividen serta baki dana pelaburan yang dipaparkan pada muka hadapan
  7. Anda juga boleh memuat turun penyata akaun bagi tahun semasa

 

 

Semak dividen ASB menggunakan aplikasi myASNB di telefon pintar

Pengguna juga boleh membuat semakan dividen atau baki terkini menggunakan aplikasi yang dimuat turun ke telefon pintar. Ia boleh dimuat turun melalui aplikasi myASNB di Google Play Store dan AppStore. Ianya sangat mudah kerana pengguna boleh log masuk pada bila-bila masa sahaja. Berikut adalah cara menggunakan aplikasi myASNB : 

  1. Pastikan telefon pintar anda telah dilengkapi dengan aplikasi myASNB 
  2. Klik butang Buka Akaun untuk mendaftar sekiranya pengguna ingin login buat kali pertama
  3. Klik butang Log Masuk jika sudah memilik akaun
  4. Jika belum, klik butang Daftar dan buat pendaftaran akaun terlebih dahulu
  5. Masukkan ID dan klik YA pada frasa keselamatan yang dipaparkan
  6. Masukkan kata laluan
  7. Klik butang samada Ya Aktifkan Log Masuk Biometrik atau butang Bukan sekarang, saya akan buat kemudian
  8. Pilih samada ingin Aktifkan myASNB Secure atau Bukan sekarang, saya akan buat kemudian
  9. Jika tiada sebarang masalah untuk log masuk, anda akan dibawa ke paparan akaun pengguna
  10. Anda boleh menyemak dividen ASB yang telah dikreditkan dan baki akaun juga boleh disemak dengan mudah

 

 

Semak dividen ASB melalui Maybank2u

Selain menggunakan portal rasmi dan aplikasi myASNB, pengguna juga boleh menggunakan laman web rasmi Maybank2u untuk membuat semakan dividen ASB. Dengan hanya beberapa langkah, pengguna boleh menyemak akaun ASB dengan mudah melalui Maybank2u. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi Maybank2u di https://maybank2u.com.my
  2. Masukkan username dan klik Next
  3. Klik butang Yes sekiranya paparan Are these your image and security phrase? adalah betul milik pengguna
  4. Seterusnya masukkan kata laluan dan klik butang Login
  5. Pada halaman utama, klik ikon Wealth yang terletak di bahagian atas 
  6. Kemudian, scroll hingga bawah dan klik butang Other Investments 
  7. Klik butang ASNB  
  8. Pengguna dapat melihat transaksi dividen dipaparkan pada skrin dan baki terkini akaun ASNB 

 

 

 

Cara menggunakan aplikasi MAE

Pengguna juga boleh membuat semakan dividen ASB melalui aplikasi MAE yang dimuat turun ke telefon pintar. Berikut merupakan Langkah mudah menggunakan MAE:

  1. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MAE ke telefon pintar terlebih dahulu melalui Google Play atau App Store
  2. Masukkan 6-digit kata laluan pengguna
  3. Selepas berjaya log masuk, klik butang Accounts dan scroll sehingga paling kanan dan klik pada butang Wealth
  4. Klik pada ASNB Accounts dan paparan transaksi akaun ASNB akan dipaparkan termasuklah dividen

Kini, tiada lagi isu sukar untuk membuat semakan dividen kerana segalanya berada di hujung jari anda sahaja.