SKIM KHAIRAT KEMATIAN STR

Para penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dilengkapi dengan Skim Khairat Kematian (SKK) STR di mana, waris akan menerima bantuan tersebut sekiranya penerima STR meninggal dunia dalam tahun kelayakan. SKK berjumlah RM1000 ini merupakan inisiatif tambahan kerajaan dalam membantu meringankan keluarga penerima dalam urusan pengebumian dan sebagainya. Agensi yang bertanggungjawab menguruskan skim ini adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan juga Bank Simpanan Nasional (BSN). Pewaris boleh membuat tuntutan di cawangan BSN yang berhampiran.

 

Syarat Kelayakan

Terdapat dua syarat kelayakan iaitu kelayakan si mati dan juga kelayakan waris yang menuntut.

 

Kelayakan si mati

  • Merupakan penerima STR tahun semasa
  • Warganegara Malaysia bagi pemohon atau pasangan yang meninggal dunia
  • Pemohon atau pasangan meninggal dunia pada tahun kelayakan (antara 1 Januari dan 31 Disember)
  • Warga emas bujang/tiada pasangan
  • Individu bujang

 

Kelayakan Waris Yang Menuntut  

Tidak semua waris boleh membuat tuntutan melainkan nama waris tersebut telah berdaftar dalam STR sahaja yang layak membuat tuntutan tersebut. Keutamaan waris adalah berdasarkan susunan berikut:

  1. Pasangan untuk penerima yang meninggal dunia – kategori isi rumah
  2. Anak bagi penerima yang meninggal dunia/warga emas bujang/tiada pasangan
  3. Ibu bapa bagi penerima yang meninggal dunia dalam kategori individu bujang tiada anak/anaknya telah meninggal dunia
  4. Adik beradik untuk penerima yang meninggal dunia dalam kategori individu tiada anak/ibu bapa yang masih hidup
  5. Setiap maklumat waris akan dirujuk silang dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu bagi memastikan maklumat tersebut didaftarkan dalam permohonan STR si mati

 

Cara Membuat Tuntutan

Urusan tuntutan hanya boleh dibuat melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Cara membuat tuntutan adalah seperti berikut:

    • Hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran
    • Isi borang tuntutan
  • Bawa dokumen berikut
  • Kad pengenalan asal waris 
  • Sijil kematian asal penerima STR
  • Dokumen pengesahan hubungan waris dengan penerima STR iaitu:
  1. Sijil pendaftaran nikah – jika tuntutan dibuat oleh pasangan si mati
  2. Sijil kelahiran pemohon  – jika yang menuntut adalah anak si mati
  3. Sijil kelahiran si mati – Jika tuntutan dibuat oleh ibu bapa atau adik beradik si mati
  4. Dokumen sokongan lain sekiranya perlu seperti surat kebenaran sekiranya waris tidak dapat hadir untuk membuat tuntutan
  • Keutamaan waris adalah berdasarkan susunan utama iaitu pasangan, anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik seperti yang didaftarkan dalam rekod STR atau rekod JPN si mati
  • Tuntutan tidak boleh diproses sekiranya tiada waris yang layak membuat tuntutan
  • Bantuan RM1000 akan diberikan kepada waris yang menuntut secara tunai atau pengkreditan terus ke akaun bank sekiranya dokumen adalah lengkap serta diluluskan
  • Waris disarankan membuat tuntutan dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang masalah

 

Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 atau Lembaga Hasil Dalam Negeri di talian 1-800-88-2747 sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung Skim Khairat Kematian (SKK) ini. Selain itu, anda juga boleh melayari portal rasmi LHDN di bantuantunai.hasil.gov.my/SKK.aspx bagi mendapatkan maklumat lanjut yang lebih terperinci.