Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa semua bayaran balik untuk semua pinjaman bank oleh individu dan perushaan kecil dan sederhana (PKS) boleh ditangguhkan untuk tempoh 6 bulan pada situasi yang mencabar. Ini adalah untuk membantu rakyat dah golongan perniagaan bagi memperkukuhkan “Cash Flow” ataupun aliran tunai mereka di bawah penularan Wabak Covid-19.
Kesemua bayaran balik dibawah tempoh ini adalah moratorium. Ini tidak termasuk bayaran balik Kad kredit. Menurut sumber, bayaran kad kredit mungkin ditawarkan pilihan untuk menukar baki kepada bayaran ansuran tidak lebih daripada tiga tahun. Moratorium ini adalah untuk pinjaman bank dalam matawang Malaysia Ringgit sahaja.
Moratorium ini akan bermula dan berkuat kuasa pada 1 April 2020. Langkah ini diambil oleh pihak Bank Negara Malaysia bagi mengurangkan beban rakyat , isu rumah dan golongan perniagaan susulan wabak Covid-19. Institusi kewangan juga digalakan untuk memudahkan permintaan moratorium bagi institusi korpera bagi menyusun balik pembayaran pinjaman mereka dengan pihak Bank.
Kesemua langkah ini dijangka menglibatkan nilai berjumlah sekurang-kurangnya RM100 billion.