BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan golongan miskin. Bantuan ini dinamakan Bantuan AM Persekutuan (BA). Bantuan ini sememangnya disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Bantuan ini adalah bagi menolong golongan miskin tegar. Selain itu, tujuan bantuan ini adalah untuk memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari.

Syarat – syarat dan Kelayakan untuk BAP:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM930 di Semenanjung, RM990 di Sarawak dan RM 1,170 di Sabah dan Labuan
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain seperti :
  • OKU yang memerlukan;
  • Orang terdampar;
  • Orang papa;
  • Kes wanita dan gadis dan sebagainya;
  • Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan

Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambilkira lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.

Bantuan yang diberikan :

Minima RM80/ sebulan seorang

Maksima RM350 / sebulan sekeluarga

Tempoh penerimaan : 12 bulan atau setahun sahaja

Cara memohon :

  1. Permohonan boleh dibuat di mana – mana cawangan pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.
  2. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  3. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke pejabat JKM seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Bantuan Am Persekutuan

Borang Yang Berkaitan
Borang Permohonan JKM18 (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)