MORATORIUM SELAMA 6 BULAN TANPA
Selama 6 bulan, para peminjam bank atau institusi kewangan akan dapat menikmati moratorium tanpa syarat atau dokumentasi perlu dikemukakan. Ini antara khabar gembira yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah dibuat pada 28 Jun 2021 baru – baru ini. Golongan B40, M40 dan T20 adalah layak mendapat moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan seperti yang diumumkan.
Para peminjam perlu memohon moratorium ini dari pihak bank yang memberi pinjaman dan bank akan memberi kelulusan secara automatik. Kemudahan moratorium ini juga diperluaskan kepada para pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, moratorium ini tidak memerlukan sebarang dokumentasi, namun ia perlu disemak oleh pihak bank terlebih dahulu.
Bagi peminjam yang berminat untuk mengambil kemudahan moratorium ini, tiada sebarang semakan akan dibuat sama ada jika peminjam telah kehilangan punca pendapatan atau mengalami pengurangan pendapatan. Sesiapa sahaja boleh membuat permohonan moratorium tersebut dan permohonan adalah dibuka mulai 7 Julai 2021. Walau bagaimana pun, peminjam perlu bersetuju dengan pindaan syarat pinjaman yang akan dikemukakan oleh pihak bank dan perlu menandatangani borang persetujuan perjanjian tersebut.
Berikutan memahami situasi semasa hari ini ramai yang terbeban dengan kos sara hidup, maka moratorium enam ini diberikan oleh kerajaan. Pemberian moratorium enam bulan yang diberikan adalah bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh para peminjam. Ternyata ramai yang telah terjejas akibat pandemik Covid-19 dan ianya melibatkan hampir seluruh rakyat Malaysia.
Moratorium ini membolehkan peminjam menjalani kehidupan yang lebih baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan adanya sumber kewangan yang banyak membantu dalam mendapatkan keperluan harian. Wang moratorium tidak seharusnya digunakan untuk tujuan hiburan dan sebagainya, namun ia perlu digunakan dengan sebaik mungkin agar tidak membebankan peminjam di masa hadapan.