Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dengan singakatannya PTPTN diwujudkan bagi menyalurkan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Ini bertujuan bagi membantu mengurangkan beban pelajar untuk pembiayaan yuran pengajian serta kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Tambahan lagi, ia bagi membuka peluang serta menggalakkan pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka pada tahap yang lebih tinggi di institusi pengajian. Kemudahan pinjaman daripada PTPTN ini terbuka kepada semua individu yang bergelar pelajar yang berhasrat mahupun sedang menyambung pengajian di peringkat institusi kerajaan dan swasta.
Individu yang ingin membuat semakan PTPTN, boleh membuat semakan melalui enam pautan mengikut urusan masing-masing. Pautan semakan yang disediakan adalah :
- Semakan lebihan bayaran balik pembiayaan
- Semakan tawaran wang pendahuluan
- Semakan senarai hitam imigresen
- Semakan senarai pendeposit yang layak untuk perlindunga takaful kemalangan di SSPN-i
- Semakan peminjam yang telah dikeluarkan surat pelepasan hutang bagi pembiayaan ujrah
- Semakan nombor akaun SSPN-I bagi permohonan pembiayaan pendidikan .
Berdasarkan bajet 2017 yang diumumkan , insentif-insentif seperti berikut telah disediakan kepada semua peminjam PTPTN yang membuat pembayaran balik. Tempoh berkuatkuasa bagi insentif-insentif tersebut bermula pada 22 oktober 2016 sehingga 31 disember 2017.
- Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman
- Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual
- balik yang telah ditetapkan.
Diskaun 15 peratus telah diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman termasuk juga kepada peminjam yang dikenakan tindakan penguatkuasaan. Ia dikira berasakan kepada baki keselurahan pinjaman yang dibuat. Dengan setiap pembayaran penuh, surat penyelesaian hitang akan dikeluarkan setiap lima haribulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun diselesaikan.
Bagi diskaun 10 peratus pula, ia diberikan kepada kategori peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada baki leseluruhan hutang pinjaman dengan sekali pembayaran yang diterima pada bulan yang sama. Kesemua urusan peminjam perlulah dibuat melalui saluran potongan gaji ataupun direct debit mengikut kepada jumlah yang telah ditetapkan dengan mengikuti saluran berikut :
- permohonan ptongan gaji atas talian
- menggunaka borang permohonan direct debit yang boleh diperolehi di kaunter-kaunter PTPTN yang boleh diperolehi di seluruh Negara berdasarkan
Kepada peminjam yang mempunyai jumlah pinjaman yang tertunggak , haruslah membuat rundingan melalui saluran berikut :
- menghubungi careline 03-2193 3000
- menghubungi eksekutif pemasaran ptptn
Seterusnya, peminjam boleh membuat semakan PTPTN dengan urusan wang pendahuluan pinjaman, terdapat 2 kaedah bayaran balik melalui semakan urusan ini. Antaranya :
- peminjam
- potongan maksimum sebanyak lima ratus ringgit Malaysia bagi setiap semester daripada jumlah pengeluaran pinjaman akan dibuat pada semester pertamaatau berikutnya.
- Jumlah wang penfaduluan pinjaman yang belum dapat diselesesaikan akan dianggap sebahagian daripada pinjaman.
- Bukan peminjam
- Penerima wang pendahuluan pinjaman yang tidak memohon pinjaman PTPTN hendaklah menjelaskan keseluruhan hutang wang pendahuluan tersebut sebelum masuk bulan ke 9 dari tarikh waran.
- Ta’widh sebanyak 1 peratus setahun akan dikenakan ke atas baki wang pendahuluan yang belum dapat dijelaskan bermula masuk bulan ke 9 daripada tarikh waran.
- Penangguhan wang pendahulauan tidak akan dipertimbangkan tetapi penerima wang pendahuluan boleh membuat rayuan bayaran balik secara ansuran maksimum sebanyak 24 kali bayaran.
Bagi peminjam yang tidak membuat sebarang pembayaran balik selepas temph 6 bulan pembayaran balik akan disenaraikan CCRIS. Semakan dalam urusan ini boleh dibuat secara terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia sahaja. Untuk kembali pulih dari senarai CCRIS , peminjam perlu membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkam bagi mengelakkan tunggakan.