Program baru yang bernama MyBeras telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak pada perbentangan Pengubahsuian Bajet 2016 bagi membantu golongan yang tegar miskin. Program ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukannya. MyBeras adalah diantara 11 program baru di perbentangan Pengubahsuian Bajet 2016 pada awal tahun ini. Seramai 200,000 keluarga miskin tegar dijangka akan mendapat manfaat dari program MyBeras selain bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Program MyBeras menunjukan bahawa Kerajaan sentiasa perihatin terhadap isu dan beban yang ditanggung oleh rakyat. Pemberian ini hanya untuk keluarga yang berdaftar dengah e-Kasih. Sebanyak 20 kilogram beras akan diberikan kepada keluarga yang layak. Satu keluarga dianggar akan menjimat sebanyak RM50 sebulan dengan program MyBeras. Porgram MyBeras dijangka akan bermula pada bulan 1 Mac 2016 hingga ke bulan Disember 2016.
MyBeras diharap dapat menolong golongan berpendapatan rendah yang berdepan degan masalah peningkatan kos kehidupan. MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa beras yang diberi mungkin dari ST10 dan ST5 adalah beras yang berkualiti tinggi dan bukan beras murah. Menurut beliau lagi dari situs beliau “Di bawah program #MYBERAS kita tidak mahu melihat seorang pun rakyat Malaysia kelaparan kerana tak mampu beli beras.” Kerajaan sudah memastikan stok yang secukupnya bagi memastikan program ini boleh dilancarkan dengan sempurna dan telus
MyBeras rata-rata mendapat sambutan yang amat positif dari penerima e-Kasih. Walaupun sumbangan dilihat amat kecil dari segologan masyarakat, ia amat bermakna kepada mereka yang memerlukanya. Keluarga penerima MyBeras boleh menggunakan penjimatan duit untuk membeli beras untuk membeli keperluan rumah yang lain. 20 kilogram beras boleh menampung pengunaan beras selama satu bulan bagi keluarga yang mempunyai 3 orang.
MyBeras dilihat tepat perlaksaaannya dari segi waktu kerana kos kehidupan yang semakin meningkat dan kejatuhan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit dengan tambahan keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar.