SARA RM600

Khas untuk penerima SARA Sabah , Sarawak dan Labuan sahaja

Pengkreditan sekali gus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telahpun bermula 7 OGOS ini. Bantuan ini disalurkan kepada golongan miskin tegar mengikut pangkalan data eKasih. SARA merupakan program lanjutan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) , bagi membantu meringankan sara hidup miskin tegar.  Penerima yang layak di Semenanjung akan menerima RM 100 untuk 6 bulan, manakala bayaran one-off RM600 akan disalurkan terus ke penerima yang layak di Sabah , Sarawak dan Labuan

Bayaran ke Sabah , Sarawak dan Labuan telahpun bermula sejak 7 OGOS 2023.  Bayaran RM600 disalurkan sekaligus pada akaun bank penerima yang berdaftar dengan STR. Bagi mereka yang menerima secara tunai, Penunaian wang RM600 SARA boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Kesemua kategori isurumah, kahwin, IBT Ibu Bapa tunggal , Bujang boleh mendapat SARA berdasarkan kelayakan dengan eKasih ataupun “miskin tegar”