Skim Smart Sewa Selangor

Apa itu Skim Smart Sewa?

Kerajaan Negeri Selangor terus komited bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana di negerinya. Usaha bagi merealisasikan dasar pemilikan rumah diteruskan menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2019, Kerajaan Negeri memperkenalkan pelbagai inisiatif dan skim baru yang lebih berinovasi untuk membolehkan rakyat Selangor mempunyai akses kepada perumahan yang berkualiti, selesa dan mampu milik.

Skim Smart Sewa yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016 merupakan program Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana menyewa rumah selama minima 2 tahun dan maksima 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun tersebut, sekiranya penyewa sudah mampu membeli rumah, maka sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sebagai deposit membeli kediaman baru. Skim ini mendapat sambutan baik daripada golongan millennials.

Projek Skim Smart Sewa

  • Pangsapuri De Bayu 2  Setia alam
  • Pangsapuri Alpinia, Dengkil
  • Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic
  • Pangsapuri Gapura Bayu , Jade Hills
  • Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands

Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri akan meneruskan skim ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM 50 juta. Melalui skim ini, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan membeli unit – unit kediaman yang bersesuaian daripada pemaju perumahan dan seterusnya akan dijadikan rumah sewa. Unit – unit kediaman tersebut akan diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) untuk disewakan kepada orang awam yang berkelayakan. Dengan adanya program ini diharap dapat membantu orang awam untuk membayar deposit untuk tujuan membeli rumah kediaman sendiri.

Syarat – syarat kelayakan permohonan :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  3. Pendapatan sesi keluarga kurang daripada RM5,000.00 , RM15,000.00 bergantung kepada permohonan sewa. 
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan.
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor

Tempoh penyewaan : 

  1. Maksimum 5 tahun
  2. Minimum 2 tahun

Deposit (bergantung pada kadar sewa semasa):

Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

Muat turun borang permohonan 

 

Atau boleh diambil di pejabat PHSSB:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

Atau

Anda boleh mendapat maklumat terperici di laman sesawang ini.