Program khas Biasiswa Selangorku RM 600 sebulan
Pelaksanaan program khas Biasiswa Selangorku bertujuan untuk membantu anak-anak kelahiran selangor yang tinggal di luar bandar dan berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Islam Selangor(UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS). Selain itu, keutamaan progran khas biasiswa selngorku turut diberikan kepada mereka yang berjaya memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang ketika menuntut di UNISEL dan KUIS.
Dinyatakan, beberapa kriteria yang menjadi kayu ukur kepada syarat kelayakan pemohon bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar berkelayakan untuk tersenarai sebagai penerima program khas biasiswa selngorku ini. Antara kriteria yang diperlukan adalah :
- Ibu bapa dan pemohon merupakan anak kelahiran selangor
- Bermaustautin selama lebih daripada 5 tahun dan telah mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa seperti penghulu mahupun ADUN
- Pemohon telah menempatkan diri dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda di univeraiti selangor( UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Sekangor secara sepenuh masa.
- Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
- Memperolehi PNGK 2.5 ke atas sekurang-kurannya bagi pengajian ijazah / matrikulasi
- Tidak menerima sebarang penajaan daripada mana-mana pihak.
- Pemohon tidak berstatus pelajar tahun akhir pengajian
Difahamkan, kadar pembiayaan biasiswa bagi yuran pengajian akan disalurkan terus kepada pihak berkenaan iaitu UNISEL dan KUIS. Pelajar yang layak menerima biasiswa ini juga turut diberikan elaun sara hidup yang berbentuk jumlah wang ringgit sebanyak RM600.00 sebulan yang akan dimasukkan terus ke akaun bank pelajar.
Turut dinyatakan, syarat kelayakan bagi ijazah sarjana muda pertama adalah :
- Kelayakan seperti sijil Tahun Asas / pra ijazah / matrikulasi dan diploma memperoleh sekurang – kurangnya PNGK 2.50 keatas.
- Memperoleh gred C dalam 4 mata pelajaran pada peringkat Spm dan 5 nata pelajaran pada peringkat Stam.
Pelajar yang berkelulusan diploma pula perlu memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Memperolehi 4 kepujian dalam mana-mana matapelajaran SPM sekurang-kurangnya
- Memperoleh PNGK 2.50 ke atas bagi yang berkelayakan sijil.
- Pelajar yang berkelulusan sijil daripada institusi pengajian tinggi awam(IPTA) pula perlu memenuhi syarat kelayakan tersebut :
- Memperoleh 4 kepujian dalam mana-mana matapelajaran SPM sekurang-kurangnya manakala sijil dalaam bidang kemahiran dan teknikal pula memperolehi 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran SPM sekurang-kurangnya.