SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
SARA atau juga dikenali dengan Sumbangan Asas Rahmah adalah kesinambungan dari program terawal yang diperkenalkan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program anjuran kerajaan Malaysia ini antara program bantuan yang dikhususkan kepada rakyat yang berdepan dengan isu kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun. Penerima akan menerima bantuan keperluan asas ini dengan menebusnya menggunakan myKad sahaja. Barangan runcit yang tersenarai boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih sahaja. Menerusi program SARA ini, seramai 700,000 orang penerima akan menerima manfaat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Tarikh akhir penebusan bantuan ini adalah sehingga 31 Disember 2025.
Syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Semua isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan yang telah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Merupakan penerima Miskin Tegar / Miskin e-Kasih berdasarkan rekod data eKasih terkini iaitu sehingga 30 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan data terkini
Kategori Barangan
Terdapatbeberapakategoribarangan yang bolehditebus, antaranya:
- Beras
- Telur
- Minyakmasak
- Tepung
- Roti
- Biskut
- Mi segera
- Makanandalam tin
- Minuman
- Bahan perasa
- Produkpenjagaandiri
- Barangan kebersihanrumah
- Ubat-ubatan yang dilulusan KKM
- Keperluan sekolah (pakaian sekolah, beg sekolah, kasut, alatulis)
Semakan Kelayakan
Cara membuat semakan adalah seperti berikut:
- Log masuk ke akaun STR melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Semak melalui aplikasi myKasih di pautan https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Bagi penerima yang layak, paparan akan menunjukkan status LAYAK, manakala sekiranya tidak berjaya, tiada paparan rekod dipaparkan
Cara Membuat Pembelian
Berikut merupakan langkah mudah untuk membuat pembelian di senarai kedai terpilih:
- Membuat pilihan barang keperluan asas yang tersenarai dalam 14 kategori
- Buat pembayaran di kaunter dan tunjukkan MyKad sebagai pengesahan status penerima bantuan SARA
- Penukaran nombor PIN MyKad – tukar 6 digit pertama nombor Mykad sekiranya pertama kali menggunakan SARA kepada PIN baru yang unik
- Masukkan nombor PIN 6 digit bagi membuat pengesahan transaksi
- Simpan resit pembelian sebagai rujukan dan memudahkan membuat semakan baki
Cara Semakan Baki SARA 2025
Semakan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu seperti berikut:
- Melalui portal rasmi MyKasih di pautan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Melalui resit pembelian
- Melalui aplikasi MyKasih (muat turun melalui Apple App Store dan Google Play)
Cara Semak Senarai Kedai SARA 2025
Cara menyemak senarai kedai yang menyertai SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Buka portal https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
- Masukkan maklumat seperti nama bandar dan negeri
- Klik butang cari dan senarai kedai yang menyertai MyKasih atau SARA akan dipaparkan
Maklumat Lanjut
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bantuan MyKasih di 03-7720 1800 atau layari laman web rasmi https://www.mykasih.com.my
