Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat prihatin untuk membantu mengurangkan jurang pendidikan yang wujud dengan mengenalpasti faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Untuk mengatasi masalah ini, KPM melancarkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang diperkenalkan pada Januari tahun 2003.
Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] menyatakan bahawa ibu bapa wajib menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu. Justeru, KWAPM ini bertujuan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Tabung ini telah memperolehi peruntukan daripada kerajaan dan sumbangan pihak luar. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.
Pelaksanaan Tabung KWAPM ini diterangkan secara terperinci melalui Surat Pekelling kewangan Bilangan 2 Tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kadar Bantuan di Bawah KWAPM
JENIS DATA /
STATUS KEMISKINAN |
BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) |
i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)
ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar) iii. Data Murid Orang Asli sama ada berstatus Miskin dan Miskin Tegar |
RM100 setahun – Sekolah Rendah
RM150 setahun – Sekolah Menengah |
Nota :
* Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.
Syarat Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM
- Pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan memperoleh Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1) serta merupakan Warganegara Malaysia.
- Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan mendapat pengesahan status sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
- Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti jadual di bawah.
- Pelajar yang TIDAK menerima sebarang bantuan berbentuk kewangan sebagai persediaan ke sekolah daripada mana-mana pihak.
WILAYAH | MISKIN | MISKIN TEGAR | ||
ISI RUMAH (RM) | PER KAPITA (RM) | ISI RUMAH (RM) | PER KAPITA (RM) | |
Semenanjung Malaysia | 930 | 230 | 580 | 140 |
Sabah & Labuan | 1170 | 250 | 710 | 150 |
Sarawak | 990 | 240 | 660 | 160 |
Sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 10 April 2003.
Tatacara Permohonan Bantuan KWAPM
Semua murid KIR yang berdaftar di dalam sistem eKASIH dan murid Orang Asli yang berdaftar di dalam Sistem eDamak dan telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. Sistem eDamak diselia oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) manakala Sistem eKASIH diselia oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web di atas
Bagi murid Orang Asli Penan yang berdaftar, pihak sekolah perlu mengemukakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan dikemukakan kepada KPM pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1) dan pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6).
Bagaimana Untuk Menyumbang Ke Tabung KWAPM?
Jika mana – mana pihak atau individu ingin membuat sumbangan ke Tabung KWAPM ini perlu mengkredit terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut:
MAYBANK NO. AKAUN : 5640 1611 7704*
*NOTA: Tuan/puan hendaklah fakskan butiran diri dan slip transaksi bayaran kepada Unit KWAPM, Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM untuk cetakan resit rasmi.
1.Melalui Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam. Penjawat awam perlu mengisi borang yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Unit Kewangan di Jabatan/Agensi masing-masing.
2.Melalui kiriman wang/ cek berpalang atau wang pos atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:
Alamat KPM :
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA