Program Pemilikan Rumah Lembah Subang II
Harga sebuah tempat tinggal di Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan ramai penduduk di Malaysia dengan jumlah pendapatan kecil terpaksa menyewa tempat tinggal atau hidup bergelimpangan di kaki lima. Justeru itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menyediakan tempat tinggal mampu milik dengan pelbagai kemudahan kepada mereka. Salah satunya iaitu PPR Lembah Subang II yang bernilai RM72 juta telah mula berada di pasaran sejak 29 April 2009 selepas empat tahun lebih ia berada dalam keadaan terawang-awang. Projek ini akan menyediakan sekurang-kurangnya 1,580 unit perumahan yang bernilai RM35,000 kepada keluarga dengan pendapatan tidak lebih daripada RM2,500 sebulan. Di samping itu, PPR Lembah Subang II juga menyediakan 75 unit perumahan kepada mereka yang kehilangan upaya.
Harga
Tawaran sebuah tempat tinggal bernilai RM35,000 ini harus difikirkan oleh mereka yang masih mencari tempat tinggal yang selesa kerana nilainya mampu meningkat naik sebanyak RM70,000 atau lebih pada masa yang akan datang. Selain itu, PPR Lembah Subang II yang merupakan sebuah rumah pangsa dengan keluasan 650 kilometer persegi untuk seunit tempat tinggal turut mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tadika, surau, pejabat pengurusan, kedai, pakir kenderaan, padang permainan dan dewn serbaguna.
Kelayakan
Walau bagaimanapun, PPR Lembah Subang II telah menetapkan beberapa syarat permohonon kepada pemohon termasuklah (1) keutamaan yang akan diberikan kepada pemohon yang berkeluarga, (2) pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 dan ke atas, (3) pendapatan isi rumah adalah tidak lebih daripada RM2,500 sebulan, (4) pemohon masih belum mempunyai sebuah rumah, dan (5) pemohon yang menetap di Lembah Klang & Selangor sahaja layak memohon untuk mendapatkan sebuah unit rumah pangsa di PPR Lembah Subang II.
Pendaftaran
Mereka yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian melalui laman sesawang Jabatan Perumahan Negara iaitu http://ehome.kpkt.gov.my secara muat turun atau mengisi maklumat mereka di borang permohonan yang telah disediakan di Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor. Mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai PPR Lembah Subang II boleh menghubungi Jabatan Perumahan Negara di talian 03-8000 8000. Mereka yang ingin memohon juga perlu dimaklumkan bahawa tarikh permohonon untuk mendapatkan sebuah unit rumah pangsa di PPR Lembah Subang II akan ditutup pada 30 Mac 2016
Borang Pendaftaran