BANTUAN MINHAH COVID19 RM 200: CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN KELAYAKAN

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan serta pentadbiran Kumpulan Wang Zakat & Fitrah, mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang / Harta Baitulmal serta mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang Wakaf sebagai pemegang amanah wakaf di negeri Johor. Selain itu juga, MAINJ turut menyediakan pelbagai skim bantuan untuk gologan asnaf dan kurang berkemampuan, termasuklah Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19.

Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19 ini merupakan salah satu inisiatif MAINJ bagi membantu individu yang terjejas oleh pandemik Covid-19 bagi meneruskan kehidupan harian. Di bawah Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19 ini, pihak MAINJ akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 200 dan akan memanfaatkan seramai 17,000 penerima. Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada individu yang benar – benar layak serta memenuhi syarat yang ditetapkan. Permohonan adalah dibuka mulai 1 Disember 2020 hingga 14 Disember 2020 dan ianya boleh dimohon secara dalam talian mengikut daerah tempat tinggal masing – masing.

Syarat Permohonan dan Kriteria Kelayakan  

  • Mestilah beragama Islam
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Tinggal dan bermastautin di negeri Johor sekurang – kurangnya 3 tahun
  • Tidak menerima sebarang bantuan bulanan dari MAINJ
  • Sekiranya maklumat yang diberikan adalah PALSU dan tidak memenuhi syarat kelayakan, pihak MAINJ berhak menolak permohonan tersebut
  • Permohonan yang tidak lengkap juga tidak akan dipertimbangkan

 

Cara Permohonan Bantuan MINHAH Covid-19 RM 200

Pemohon boleh mengisi borang permohonan mengikut daerah tempat tinggal yang boleh dimuat turun seperti di bawah.

 

Daerah Kota Tinggi https://forms.gle/DB5cHwwgZaHCcN6X6

Daerah Mersing https://forms.gle/dc4Qr45XkUkTazTX8

Daerah Kluang https://forms.gle/jswFFPTizvVYpDc9A

Daerah Kulai https://forms.gle/TPQ7BvRpYmDAwUjT7

Daerah Pontian https://forms.gle/tt2k8qZErhtKbRQx8

Daerah Segamat https://forms.gle/Cj1D9GRpbsySK24C8

Daerah Tangkak https://forms.gle/hs41Qm9PFabawodg7

Daerah Muar https://forms.gle/EKgB6n893S68KP7C6

Daerah Batu Pahat https://forms.gle/BfZVAGuFRaXUWwYx6

Daerah Johor Bahru – https://forms.gle/VUkjicCJYEcdpjKZ7

 

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat tiga (3) dokumen sokongan diperlukan bagi membuat permohonan iaitu seperti berikut :

  • Salinan myKad pemohon
  • Salinan myKad pasangan
  • Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan

 

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh diajukan kepada :

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Aras 5, Blok ‘B’,Pusat Islam Iskandar Johor

Jalan Masjid Abu Bakar

Karung Berkunci 725

80990 Johor Bahru

Johor Darul Takzim.

 

Nombor telefon: 07-2243918 / 07-2282941

E-mel: [email protected]

Laman web: http://www.maij.gov.my/

Facebook: Majlis Agama Islam Johor