Menerusi Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan inisiatif baharu dalam membantu golongan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) memiliki rumah. Kerajaan memperkenalkan inisiatif projek MyBeautiful New Home dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM200 juta. Najib berkata, sebagai permulaan 5,000 unit rumah berharga antara RM40,000 hingga RM50,000 akan dibina.
Rumah ini akan dibina menggunakan konsep Strategi Lautan Biru (NBOS) dengan agensi terlibat termasuklah Kementerian Pendidikan Tinggi apabila mereka melibatkan pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik. Kerjasama pelbagai agensi di seluruh kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan serta iM4U, persatuan penduduk dan anggota dewan tempatan untuk memaksimumkan sumber yang ada. Sektor swasta juga menyumbang melalui program tanggungjawab sosial korporat.
MyBeautiful New Home melibatkan pembaikan, lukisan dan mencantikkan kawasan perumahan kos rendah dan juga kemudahan awam berdekatan seperti taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki di kawasan kediaman, tempat letak kereta, dan sebagainya dengan melibatkan anggota komuniti dan sukarelawan. Inisiatif ini menjamin bahawa suara dan keperluan komuniti tempatan dimasukkan ke dalam peningkatan.
Kerajaan juga akan membiayai RM20,000 daripada kos rumah berkenaan manakala separuh lagi ditanggung oleh pembeli secara ansuran dengan tujuan tidak mahu membebankan pembeli. Rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri dan tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan kerajaan negeri.
Sebanyak 9850 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan peruntukan RM134 juta pula akan dibina Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi 2017.Selain itu, sebanyak 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dengan peruntukan RM576 juta disediakan. Rumah-rumah PPR ini akan dijual antara RM35,000 dan RM42,000, walaupun kos pembinaan sebenar adalah antara RM120,000 dan RM160,000.
Syarat Kelayakan Permohonan MyBeautiful New Home
- Terbuka kepada anda yang gaji RM3900 sebulan dan juga kumpulan B40.
- Hanya lulus di atas tanah milik anda ataupun tanah yang telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada pemilik asal; ataupun tanah yang telah diberi dan dianugerahkan oleh kerajaan Melaka
Layari LINK untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek MyBeautiful New Home.