RM 3 untuk satu Tikus

12525339_958001330901704_1035897813539003221_o

Tikus memang ternyata berbahaya. Disamping menjadi binatang perosak tikus juga boleh membawa penyakit berbahaya. Air liur dan kencing tikus boleh menyebabkan penyakit kencing tikus (lepospirosis) jika terkena pada kulit manusia. World Health Organization (WHO) mengangarkan bawah secara purata 1 dari 100,00 orang akan dijangkiti lepospirosis. Gigitan tikus boleh mengakibatan penyakit tetanus dimana orang yang terkena gigitan boleh demam panas yang parah, sakit otot mual dan muntah. Di antara cara pencegahan tikus yang baik adalah penjagaan kebersihan di sekitar rumah. Sampah sarap perlu dibuang pada tempat yang betul dan tong sampat perlu ditutup rapi dan tidak berlubang. Makanan perlulah dijaga dan ditutup bagi mencegah diakses tikus. Sisa makanan yang jatuh ke lantai, sofa, dan lain lain tempat juga perlulah dibersihkan dengan segara. Pengunaan racun tikus juga amat berkesan

Oleh itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengadakan satu kempen kawalan untuk menghapuskan tikus. MBPJ menawarkan RM 3 untuk satu tikus mati atau hidup kecil atau besar. Kempen ini akan bermula pada 1 Febuari hingga ke 31 Mac 2016. Lokasi pertama kempen ini adalah di Pasar Othman , Sekyen 1 , Oldtown PJ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Lokasi kedua adalah di Pasar Sek 17/1a , Petaling Jaya yang bermula pada jam 11.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Bayaran dibuat dengan tunai. Orang ramai boleh mengunakan ada jua cara untuk menangkap tikus.

Program ini juga mendapat kerjasama Adun Bukit Gasin ,Rajiv Rishyakaran. Menurut YB Rajiv, MPBP mesasarkan untuk mendapat 1500 ekor tikus pada kempen ini. Lebih dari 3000 ekor tikus telah berjaya ditangkap pada kempen tahun lepas. Orang ramai digalakan untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Sehingga kini lebih 300 ekor tikus telah berjaya ditangkap. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh melawat laman Facebook MBPJ atau menghubungi 03-79552381.