Masih ramai yang tidak mengetahui tentang khairat kematian yang boleh dituntut oleh waris si mati sekiranya si mati mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Setiap keluarga pendeposit layak menerima Khairat Kematian Pencarum ASNB maksima RM 500 (tertakluk kepada jumlah simpanan si mati) sekiranya pendeposit telah meninggal dunia. Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban waris si mati dalam urusan pengebumian. Pihak ASNB telah membuat penstrukturan baru berkuatkuasa pada 15 Oktober 2022 dan permohonan yang diterima selepas Tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan terkini yang diumumkan.
Kadar Bantuan Khairat Kematian
Kadar bantuan yang diberikan adalah berdasarkan simpanan si mati iaitu seperti berikut:
- Simpanan bawah RM 1000– Khairat Kematian RM 200
- Simpanan RM 1,000 dan ke atas – Khairat Kematian RM 500
Kadar ini boleh berubah dari masa ke semasa tertakluk kepada budi bicara serta prestasi kewangan PNB
Syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan waris kepada si mati dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau
- Salah seorang Penerima Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati
- Si mati telah mendaftar sekurang – kurangnya satu unit amanah dengan baki baki minima 1 unit
- Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian pemegang unit
- Waris bukan Islam adalah layak membuat tuntutan bagi si mati beragama Islam
- Membuat permohonan di cawangan ASNB atau ejen ASB di seluruh Malaysia
- Bantuan akan diberikan secara tunai di kaunter cawangan ASNB atau agen ASB
Pewaris adalah diingatkan supaya menyediakan dokumen yang lengkap supaya pemprosesan tuntutan tidak mengambil masa yang lama. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh rujuk laman web rasmi ASNB atau klik pada pautan berikut : https://www.asnb.com.my/asnbv2_5faq.php#khairat