Rayuan BR1M SSM

Rentetan daripada pembayaran Br1m yang telah diagihkan bermula 18 februari bulan lepas, kini masih ramai menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing dek kerana kegagalan permohonan mereka. Menjadi satu perbualan hangat di laman-laman media sosial seperti twitter dan facebook berkenaan kegagalan permohonan mereka disebabkan status memiliki pendaftaran SSM.

Status kegagalan yang berpunca daripada isu SSM telah menjadi ketidakpuasan hati masing-masing kepada semua pemilik sijil SSM. Pelbagai persoalan telah diajukan dan menjadi satu tanda tanya antara satu sama lain. Hampir keseluruhan mereka yang memiliki SSM, telah ditolak dan ridak diluluskan dalam permohonan BR1M pada tahun 2017.

Pemilik SSM juga keliru dengan kegagalan tersebut dek kerana ada diantara mereka hanya berniaga secara atas talian dan ada juga yang memiliki SSM atas dasar memenuhi kehendak kerajaaan tetapi pendapatan bulanan daripada hasil perniagaan tidak tinggi.

Secara tidak langsung, isu ini telah menjadi perhatian kepada seluruh rakyat malaysia yang memohon BR1M. Oleh yang demikian, pihak berkenaan telah mengambil inisitiatif untuk mengkaji semula permohonan yang dikemukan kepada semua pemohon yang berstatus gagal kerana isu SSM.

Difahamkan, Menteri Kewangan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu SSM ini. Kepada semua pemohon yang gagal disebabkan status SSM telah diminta untuk ke cawangan-cawangan yang tentera seperti berikut :

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. Pusat Transformasi Bandar (UTC)
  3. Pusat Khidmat Hasil (PKH)

Mereka yang berkenaan, turut dikehendaki membawa lampiran-lampiran seperti berikut :

  1. Salinan SSM

2.Salinan penyata akaun perniagaan

  1. Salinan penyata gaji pemohon / pasangan / tanggungan

Lampiran-lampiran diatas juga perlu disertakan sekali bersama dokumen ini :

  1. Borang yang perlu diisi
  2. Dokumen sokongan
  3. Penyata pendapatan

3.Salinan kad pengenalan pasangan / tanggungan.

Turut dimaklumkan, permohonan rayuan kepada semua pemohon yang gagal akan dibuka bermula tarikh 3 april 2017 sehingga 31 mei 2017. Permohonan rayuan ini tertakluk kepada semua kategori peemohonan seperti berikut:

  1. Isi rumah < RM3000
  2. Isi Rumah < RM3,001 – RM4,001
  3. Individu Bujang < RM1,200

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkenaan BR1M, anda boleh menghubungi talian 1-800-88-2716 untuk mendapatkan keterangan yang lebih kanjut.