Baitulmal merupakan institusi kewangan yang ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertanggungjawab untuk bertanggungjawab untuk mentadbir cukai dan agihan zakat kepada golongan yang berkelayakan. Golongan tersebut terdiri daripada fakir, miskin, amil, muallaf, al-riqab, fisabillah, al-gharim dan ibnu sabil. Sumber Baitulmal diperoleh daripada harta masyarakat yang berbentuk zakat harta, zakat fitrah, sedekah dan juga wakaf. Salah satu skim bantuan zakat yang disalurkan oleh Baitulmal adalah Bantuan Pendidikan Baitulmal.
Jenis Bantuan Pendidikan Baitulmal
- Bantuan Am Persekolahan
- Bantuan Am Pelajaran IPT
- Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
- Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
- Bantuan Persediaan IPT
- Bantuan Tuisyen
- Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
- Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
- Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
Untuk keterangan lanjut mengenai setiap jenis bantuan boleh layari di laman sesawang di atas
Syarat Umum Permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah
Had Al-Kifayah
Apa itu Had Al-Kifayah ?”
Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara umumnya, had ini merujuk kepada suatu kadar minimum bagi keperluan asas yang diperlukan oleh golongan tertentu yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa.
Melalui penetapan Had Al Kifayah, kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi dapat ditentukan. Dari segi Pendidikan, segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan alat tulis yang berkaitan. Cara pengiraan adalah berdasarkan perbandingan jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon dan pendapatan isi rumah pemohon. Pemohon layak menerima zakat jika jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan.
Cara Memohon Bantuan Baitulmal Pendidikan
- Lengkapkan borang permohonan dengan butiran yang diperlukan (tidak perlu tandatangan sokongan mana-mana pemimpin)
- Sertakan dokumen lampiran yang diperlukan (tidak perlu apa-apa cop pengesahan).
- Kemukakan borang permohonan yang lengkap ke mana-mana cawangan MAIWP yang berhampiran samada serahan tangan atau secara pos (sebaiknya dicadangkan melalui serahan tangan kerana boleh terus ditemuduga dan permohonan akan lebih cepat diproses)
Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web di atas untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.