Umum mengetahui seluruh dunia pada hari ini sedang berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan di mata kasar yang dikenali sebagai virus Covid-19. Kehadirannya mampu merenggut nyawa manusia tanpa mengira usia, bangsa atau agama. Virus Covid – 19 ini sedang menular di pelosok dunia termasuklah di Malaysia. Bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat Malaysia dijangkiti, pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani masalah ini seterusnya memutuskan rangkaian virus dari terus merebak. PKP telah dimulakan sejak 18 Mac 2020 pada fasa pertama dan kini ia telah memasuki fasa keempat yang bakal berakhir 12 Mei 2020.
Pelaksanaan PKP turut menjejaskan pendapatan orang ramai kerana banyak operasi pengindustrian terpaksa dihentikan seketika sepanjang tempoh PKP. Ramai terkesan dengan keadaan ini di mana barangan keperluan terpaksa dicatu dalam penggunaan harian. Oleh yang demikian, diatas rasa keprihatinan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi NGO yang ingin membuat sumbangan kepada penerima yang memerlukan, mereka perlu mematuhi Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pematuhan terhadap SOP yang ditetapkan adalah sangat penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan setiap wakil NGO serta sumbangan dapat disalurkan dengan selamat.
Garis Panduan
Pihak NGO perlu mematuhi peraturan serta Garis Panduan yang telah ditetapkan seperti berikut selaras dengan pematuhan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 :
- NGO merupakan pertubuhan yang berasaskan kebajikan
- Bilik Gerakan JKM Negeri perlu dihubungi awal sehari sebelum penyaluran bantuan dibuat
- Barangan sumbangan terdiri dari bahan bermasak dan bahan kering sahaja terdiri beras, gula, roti, bihun, minyak masak, biskut dan bermacam lagi
- Suhu badan setiap wakil NGO perlu diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan tiada gejala virus
- Topeng muka perlu dipakai dan sarung tangan juga perlu digunakan semasa membuat penyaluran sumbangan
- Hand sanitizer perlu dibawa semasa membuat pengagihan sumbangan
- Perlu menjaga jarak sosial setiap masa
- Hanya 2 orang wakil sahaja dibenarkan dan perlu diiringi oleh Anggota Pertahanan Awam dan RELA
Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Talian Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang boleh dihubungi di setiap negeri adalah seperti berikut :
- Ibu Pejabat Putrajaya : 03 8323 1966
- JKMN W.P. Kuala Lumpur / Putrajaya : 03 2612 4060
- JKMN Selangor : 03 5545 8570
- JKMN Melaka : 06 2324 670
- JKMN Johor : 07 2281 450
- JKMN Negeri Sembilan : 06 7659 332
- JKMN Pahang : 09 5650 226
- JKMN Perak : 05 2545 505
- JKMN Kedah : 04 7001 700
- JKMN Pulau Pinang : 04 6505 257 / 258 / 259
- JKMN Perlis : 04 9731 926
- JKMN Kelantan : 09 7416 925
- JKMN Terengganu : 09 6301 193
- JKMN Sabah : 088 242 229
- JKMN Sarawak : 082 449 577
- JKMN W.P. Labuan : 087 424961
- Talian Kasih : 15999
- Nombor Whatsapp : 019 261 5999
Bilik Gerakan beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 pagi setiap hari. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat di www.jkm.gov.my.