Punca permohonan BR1M gagal

BR1M-4.0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di tubuhkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan yang memerlukan. Oleh itu semua permohonan BR1M disemak dengan rapi bagi memastikan hanya mereka yang layak boleh menerima bantuan BR1M. Berikut adalah punca punca dan sebab sebab kegagalan permohonan BR1M.

Mohon Awal

Permohonan BR1M perlu dibuat sebelum tarikh tutup untuk permohonan, biasanya di bulan pada akhir tahun. Oleh itu permohon dinasihatkan untuk megemaskini permohonan atau memohon seawal yang mungkin. Ini kerana ramai permohon yang memohon di saat saat terakhir. Ini akan meyebabkan kesesakan pada situs permohonan BR1M atau di cawangan LHDN. Like page kami untuk mendapat maklumat awal untuk BR1M.

Maklumat betul dan lengkap

Informasi seperti penerima bank dan nama perlulah tepat dan sama. Ia menjadi tanggungjawap pemohon untuk mengemaskini status jika ada penukaran maklumat dan maklumat akaun bank. Kesemua maklumat yang penting perlulah diisi. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Kemaskini Maklumat Keluarga

Anda juga dinasihati untuk mengemaskini status seperti kematian, penceraiyan dan status perkahwinan secepat mungkin kerana semua ini boleh menyebabkan permohonan BR1M anda gagal. Terdapat banyak kes Ibu tunggal yang tidak medapat bantuan BR1M kerana gagal megemaskini status perkahwinan mereka sebelum memohon untuk bantuan BR1M. Informasi seperti perkahwinan, status semasa dan hubungan keluarga boleh disemak oleh pegawai LHDN dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Oleh itu , permohon dinasihatkan supaya tidak memohon sesuka hati untuk semua ahli keluarga atau tanggungan. Ikut peraturan BR1M untuk permohonan Isi Rumah atau Individu. Hanya buat satu permohonan untuk Isi Rumah. Individu yang bukan tanggugan lagi boleh membuat permohonan BR1M lain.

Pendapatan

Pendapatan keluarga dan individu boleh mungkin boleh di semak oleh pegawai BR1M dari LDHN dan JPN. Maklumat ini boleh digunakan untuk tujunan permohonan BR1M.

Punca Punca lain

  • Kad pengenalan permohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Nama permohon tidak sama dengan maklumat di JPN
  • MyKad permohon tidak wujud
  • Nama Permohon tidak sama dengan maklumat di JPN
  • Pendapatan Isirumah melebihi jangkauan untuk menerima BR1M
  • Pemohon sudah menerima baucer buku
  • Pemohon memiliki terlampau banyak kenderaan
  • Pasangan permohon memiliki terlampau banyak kenderaan
  • Anak dan waris pemohon memiliki terlampau banyak kenderaan
  • Pemohon sudah kahwin,tetapi tidak mempunyai maklumat pasangan
  • Pemohon sudah kahwin, tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  • Maklumat tanggungan pemohon tidak lengkat
  • Umur pemohon tidak layak untuk menerima BR1M
  • Pemohon memohon lebih dari sekali
  • Nama pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
  • Pemohon wujud sebagai tangguan di permohon lain
  • Pasangan Keluarga memohon permohonan berlainan
  • Nama Suami/Isteri wujud sebagai tanggunan di permohonan lain
  • Nama tanggugan wujud sebagai tanggungan di permohonan lain
  • Tanggungan memohon bantuan BR1M yang berlainnan
  • Tanggungan wujud sebagai isteri/suami di permohonan BR1M yang lain
  • Isteri/Suami Pasangan telah gagal untuk permohonan BR1M lebih dari 4 kali
  • Nombor Mykad untuk Pasangan/Tanggungan tidak wujud di maklumat JPN