Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor yang lebih dikenali dalam bahasa singkatannya SUK merupkan bajet yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri sebanyak RM1.6 bilion  kepada pelajar-pelajar di negeri tersebut yang berkelayakan. Usaha perlaksanaan bajet ini jelas berbeza dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional iaitu PTPTN. Ternyata pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tidak dikenakan sebarang faedah dalam pembayaran semula pinjaman tersebut.

Kelayakan

Beberapa faktor kelayakan telah diambil kira oleh kerajaan negeri kepada pelajar-pelajar negeri tersebut yang berkelayakan sebelum diberikan pinjaman. Antara kriteria-kriteria kelayakan yang membolehkan pelajar menerima pinjaman tersebut adalah

  • Kedua ibu bapa serta pemohon lahir negeri selangor
  • Lebih 5 tahun bermaustautin di negeri selangor serta mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa seperti ketua kampung.
  • Telah mendapat tempat pengajian di mana-mana institusi pengajian
  • Tidak menerima sebarang penajaan daripada mana-mana pihak
  • Memiliki pencapaian akdemik yang cemerlang diutamakan
  • Tidak memiliki status pelajar tahun akhir pengajian
  • Bagi kelulusan ijazah sarjana muda pertama haruslah memiliki PNGK 2.50 ke atas sekurang-kurangnya
  • Bagi kelulusan diploma haruslah memiliki sijil dengan PNGK 2.0 ke atas sekurang-kurangnya
  • Bagi kelulusan sijil daripada IPTA haruslah memiliki 4 kepujian sekurang-kurangnya pada peringkat SPM
  • Bagi kelulusan sijil kemahiran dan teknikal haruslah memiliki 3 kepujian sekurang-kurannya pada peringkat spm

Difahamkan, kuota dibuka sebanyak 1500 sahaja pada setiap tahun. Permohon yang ditawarkan pinjaman dengan menepati syarat kelayakan akan memperoleh pinjaman mengikut kadar pinjaman pada peringkat pengajian masing-masing. Kadar pinjaman bagi pengajian ijazah perubatan , pembedahan, pergigian dan juga vetrinar akan mendapat RM7,000 setahun. Manakal RM6,500 peringkat pengajian ijazah sarjana muda. Diploma dan sijil pula akan menerima pinjaman sebanyak RM4,900 dan RM4,000 masing-masing. Makluman, kadar pinjaman ini terttakluk kepada pengajian di institusi awam mahupun swasta.

Keistimewaan diberikan kepada pelajar bidang pengajian ijazah perubatan yang berhak menerima 2 penajaan dalam satu masa. Ini bermakna, pelajar perubatan yang berkelayakan yang mendapat pembiayaan pinjaman daripada PTPTN berhak mendapat pinjaman pelajaran selangor. Kaedah pembayaran pinjaman ini akan terus disalurkan ke akaun bank muamalat setiap pelajar yang layak dan dibuat sebanyak 2 kali setahun sahaja.