PTPTN Online

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan salah satu institusi yang menyediakan kemudahan pinjaman kewangan diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sama ada ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). PTPTN juga bertanggungjawab untuk membuat pungutan bayaran balik pinjaman dari peminjam yang membuat pinjaman PTPTN. Bagi mengelakkan disenaraikan di CCRIS, peminjam adalah dinasihatkan supaya membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan oleh PTPTN.

Kini terdapat cara mudah dan pantas yang disediakan oleh PTPTN kepada peminjam untuk membuat semakan PTPTN sama ada secara atas talian atau pun melalui saluran SMS. Berikut diterangkan secara ringkas cara menyemak baki pinjaman PTPTN untuk memudahkan peminjam membuat pembayaran balik mengikut jadual. Cara semakan adalah terbahagi kepada dua; i) secara atas talian (Online) atau ii) Melalui SMS.

 

 

  • Semakan Baki PTPTN Secara Atas Talian (Online).

 

 

  1. Layari laman sesawang PTPTN.

Sila klik http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

  1. Klik Ikon “Semakan Penyata Pinjaman”.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan “Semak”.
  3. Klik “PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH”.
  4. Paparan tersebut akan muncul. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda dan tekan “Log masuk”.
  5. Semak baki pinjaman anda.
  • Semak Baki PTPTN Melalui SMS

 

Taip PTPTN <jarak> BAKI <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Nombor PIN dan hantarkan kepada 15888.

Contohnya : PTPTN BAKI 930303031111 123456

Peminjam boleh mendapatkan nombor pin atau nombor pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun rasmi Twitter PTPTN di https://twitter.com/twitptptn.

* Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS. Peminjam juga boleh merujuk maklumat yang terdapat dalam info bergambar di bawah ini.

Berikut merupakan antara kebaikan membuat semakan baki pinjaman PTPTN :

 

    1. Membantu membuat perancangan kewangan yang lebih baik.
    2. Sebagai proses bayaran balik, kadar ujrah dan kadar insurans
    3. Mengetahui jumlah jika ingin membuat bayaran secara penuh
    4. Mengetahui jumlah potongan gaji ( jika secara potongan gaji )
    5. Mengetahui jumlah pembayaran yang telah dibuat sebelumnya
    6. Menyemak maklumat peribadi
    7. Menukar kata laluan dan alamat emel

Melalui Pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016, berita baik buat peminjam PTPTN di mana Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif diskaun berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2016 sehingga akhir tahun 2017. Pemberian insentif tersebut bertujuan untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran balik pinjama PTPTN. Terdapat tiga jenis insentif yang ditawarkan, iaitu seperti berikut:

  • Insentif diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Insentif diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Insentif diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji ataupun debit secara langsung mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

 

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :

 

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  • Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i