Pinjaman BSN feadah 0% Covid-19

Kerajaan telah memutuskan bahawa golongan para usahawan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas berikutan wabak Covid – 19 wajar dibantu dalam meneruskan kelangsungan hidup. Oleh kerana penularan wabak Covid – 19 ini, kerajaan Malaysia telah memutuskan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian virus ini dari terus merebak. Justeru, ramai rakyat Malaysia tidak dapat meneruskan perniagaan serta rutin harian dalam menjana pendapatan dan keadaan ini memberi impak yang agak besar kepada hampir semua orang termasuklah pengusaha PKS dan usahawan mikro. Industri PKS antara yang menyumbang ekonomi negara begitu terkesan dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Bagi membolehkan para usahawan mikro dan syarikat PKS terus beroperasi, Bank Simpanan turut memperlihatkan keprihatinan mereka dan menyokong inisiatif yang ditunjukkan oleh kerajaan. Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Prihatin PKS Tambahan dengan dana sebanyak RM 10 bilion bagi membantu meringankan bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh para pengusaha PKS dan usahawan mikro. Bank Simpanan Nasional (BSN) telah bertindak sebagai sebuah institusi kewangan yang akan menyalurkan pembiayaan ini melalui Pakej Pembiayaan BSN Micro/I Kredit Prihatin bagi membantu golongan usahawan mikro dan syarikat PKS yang dibebani masalah kewangan. 

Sejajar dengan keprihatinan terhadap golongan yang terkesan dengan Covid – 19 ini, BSN turut memansuhkan kadar faedah pembiayaan iaitu dari 2% kepada 0% untuk Pakej Pembiayaan BSN Micro/I Kredit Prihatin. Ini menunjukkan BSN benar – benar ingin membantu syarikat PKS dan usahawan mikro untuk terus beroperasi serta mengekalkan kecemerlangan biarpun terkesan dengan Covid – 19 ini. Dengan adanya pembiayaan seperti ini, golongan usahawan mikro dan PKS perlu menggunakannya sebaik mungkin sebagai pusingan modal serta perolehan asset yang dapat membantu meningkatkan prestasi perniagaan.

Ciri – Ciri Pembiayaan

  • Kadar pembiayaan maksima adalah sehingga RM 75,000 dengan 0% kadar keuntungan / faedah
  • Tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun
  • Tempoh permohonan selewat – lewatnya sehingga 31 Disember 2020
  • Mendapat penangguhan bayaran selama 6 bulan pertama  
  • Semua sektor perniagaan berpeluang memohon untuk pembiayaan ini
  • Tempoh kelulusan permohonan yang sangat singkat iaitu dalam tempoh 6 hari bekerja sahaja, namun bergantung kepada permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan
  • Tiada sebarang cagaran diperlukan 

Syarat – Syarat Permohonan

  • Merupakan usahawan mikro dan perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan terjejas akibat wabak Covid – 19
  • Mempunyai sijil pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Perniagaan dijalankan secara separuh masa atau sepenuh masa
  • Perniagaan mestilah telah beroperasi melebihi 6 bulan

Langkah – Langkah Membuat Permohonan

  • Layari Facebook BSN terlebih dahulu untuk mendapatkan senarai pegawai BSN yang berdekatan untuk dihubungi
  • Semak semua dokumen yang diperlukan seperti :
  1. Sijil pendaftaran syarikat (SSM)
  2. Salinan myKad semua pemegang saham / pengarah / pemilikan tunggal / rakan kongsi
  3. Penyata akaun bank syarikat yang terbaru (3 bulan)
  4. Sebarang dokumen tambahan sekiranya diperlukan

Maklumat Lanjut

 

Pihak BSN tidak melantik sebarang agen atau wakil pihak ketiga bagi menguruskan pembiayaan ini. Orang ramai dinasihatkan agar berhati – hati dan sentiasa berwaspada dari menjadi mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab.