Program Khas Selangor Brain Bank

Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang maju dan semakin berkembang pesat. Ekoran daripada kemajuan dan kepesatan ini, keperluan terhadap tenaga mahir semakin meningkat. Menyedari hal itu, kerajaan selangor telah mengambil inisiatif dengan membuka tawaran atas program khas selangor brain bank.

Penubuhan program ini bertujuan untuk menawarkan tajaan biasiswa penuh dalam pengajian   Doktor Falsafah (PHD) kepada seluruh rakyat selangor dan mereka yang bermaustautin dengan status rakyat awam ataupun penjawat awam yang berkelayakan. Inisiatif kerajaan selangor yang telah membuka peluang ini bagi menarik minat  mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidag skop smart selangor khususnya.

Skop smart selangor ini merupakan bidang-bidang yg terdiri daripada tenaga & utiliti, pengurusan bencana, pendidikan, makanan, pertanian dan lain-lain lagi. Bidang-bidang ini dilihat sangat kritikal kepada sebuah negeri yang pesat membangun buat negeri selangor. Oleh yang demikian, dengan adanya penubuhan program seperti ini ianya dapat memberikan pulangan yang amat baik kepada negeri selangor dari segi kepakaran dan juga sumber manusia yang berkebolehan dalam bidang-bidang yang sangat diperlukan sekaligus menjadi titik tambah kepada kepesatan pembangunan negara terutama sekali negeri selangor.

Bersesuaian dengan visi kerajaan negeri selangor yang ingin menjadikan negeri selangor sebagai sebuah negeri pintar, bidang-bidang lain turut dititik beratkan seperti teknologi, perniagaan, alam sekitar, komersil, komunikasi dan sebagainya. Disebabkan itu, peruntukan sebangak 5 juta telah dikeluarkan dengan tawaran sebanyak 10 tajaan biasiswa penuh sepanjang pengajian PHD bqgi tempoh pengajian antara tiga hingga empat tahun.

Amat menguntungkan bagj mereka yang berkelayakan. Peluang telah terbuka luas dan perlu diambil sebaik mungkin.  Tawaran ini bukan sahaja memberikan anda peluang mendapatkan biasiswa namun ia juga memberikan anda satu peluang keemasan melanjutkan pengajian PHD anda di salah sebuah universiti di luar negara sekaligus memenuhi impian anda yang ingin belajar di sana.

Beberapa syarat kelayakan perlu dipatuhi oleh setiap pemohon program khas selangor brain bank. Turut disertakan di sini beberapa syarat kelayakan yang boleh menjadi panduan anda sebelum memohon program ini. Antaranya adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Rakyat selangor / bermaustautin di selangor melebihi 5 tahun
  3. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pengajian
  4. terbuka kepada penjawat awam / orang awam
  5. minimum CGPA 3.75 dengan kelulusan ijazah sarjana muda /ijazah sarjana yang diiktiraf kerajaan
  6. Telah mendapat tempat pengajian di universiti termuka luar negara
  7. pengajian sepenuh masa
  8. Tidak blacklist
  9. Tiada rekod muflis / jenayah
  10. Tidak menerima tajaan daripada mana-mana pihak
  11. Aktif dalam kokurikulum
  12. Memperoleh markah IELTS (6.0)
  13. Mahir dalam satu bahasa
  14. Sihat
  15. Menyertakan research proposal yang diiktiraf universiti

Terdapat 2 kategori pemohon apabila mengajukan permohonan. Kategori pertama adalah bagi penjawat awam manakala kategori kedua pula adalah orang awam. Bagi kategori penjawat awam, perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun tidak kira bagi yang berstatus tetap ataupun kontrak  dan berkhidmat di bawah kerajaan selangor. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada ketua jabatan yang tertakluk kepada peraturan perkhidmatan awam.

Kategori orang awam pula, mereka hendaklah sekurang-kurangnya telah berkhidmat di sektor swasta di negeri selangor selama tempoh 5 tahun. Pemohon juga perlu mendapatkan kelulusan daripada majikam sama seperti kategori penjawat awam. Sekiranya, permohonan mereka berjaya menerima tawaran bagi program ini, mereka perlu mendapatkan surat pelepasan majikan.

Pemohon yang berminat, boleh memuat turun borang permohonan dan menghantar secara online ataupun secara pos.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh mendapatkannya di portal tabung kumpulan wang biasiswa selangor.