Terkini!! GKP 4.0 akan disalurkan mulai 21 September ini
Jumlah jangkaan bayaran
September
RM500
November
RM500
Sejak tahun 2020, kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membantu golongan pengusaha dan usahawan mikro serta Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berhadapan dengan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19. Bagi mengekang penularan wabak ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Mac 2020 sehingga hari ini. Memandangkan PKP dilaksanakan di seluruh negara, maka ramailah para peniaga turut merasai keperitan kerana perniagaan yang dulunya rancak tidak lagi boleh diteruskan seperti biasa. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan perniagaan mulai merosot dan sumber kewangan semakin menyusut kerana terpaksa menanggung kos – kos lain.
Semasa YAB Perdana Menteri membuat pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), golongan usahawan mikro dan PKS juga bakal menerima manfaat dari kerajaan menerusi Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0. Geran ini akan disalurkan kepada usahawan mikro dan PKS yang belum menerima sebarang GKP dari kerajaan.
Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan disalurkan sebanyak RM 1,000 yang akan dibayar secara berperingkat kepada penerima bantuan. Bantuan sebanyak RM 500 akan dibayar pada bulan September dan bakinya sebanyak RM 500 akan dibayar pada bulan November. Dengan adanya GKP 4.0, para usahawan mikro serta PKS dapat meneruskan perniagaan masing – masing biarpun agak perlahan. Ini secara tidak langsung dapat membantu para peniaga mengurangkan kos operasi dan dapat menjana semula ekonomi negara.