Pinjamanan Tekun 2020 COVID-19 kadar feadah 0%

Umum mengetahui bahawa seluruh dunia termasuklah Malaysia sedang berhadapan dengan satu isu global iaitu wabak Covid-19. Kehadiran wabak ini telah menyebabkan bilangan kematian meningkat dan bagi mengatasi masalah Covid – 19 ini, Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani masalah ini seterusnya memutuskan rangkaian virus dari terus merebak. Kesan dari pelaksanaan PKP ini, rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar dari rumah untuk bekerja atau menjalankan perniagaan melainkan institusi yang merupakan essential services. Oleh itu, ia turut menjejaskan pendapatan serta ekonomi sesetengah pihak termasuklah syarikat – syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia disebabkan operasi perniagaan terpaksa dihentikan buat sementara sepanjang tempoh PKP.

Menyedari masalah yang dihadapi oleh para usahawan PKS, Geran Khas PRIHATIN telah diwujudkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin PKSTambahan dengan dana sebanyak RM 2.1 bilion diperuntukkan buat syarikat PKS mikro yang memenuhi syarat. Skim bantuan yang diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini dikenali sebagai Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro Tekun Nasional (CBRM) merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam menangani masalah yang terpaksa dihadapi oleh para usahawan PKS mikro. Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah berbentuk suntikan modal pusingan melalui pembiayaan dari TEKUN Nasional.

Syarat – Syarat dan Kriteria Permohonan

Sebelum membuat permohonan, usahawan PKS perlu memastikan bahawa mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan permohonan gagal. Syarat dan kriteria permohonan adalah seperti berikut :

  1. Sumber pendapatan terjejas akibat penutupan operasi syarikat disebabkan wabak COVID-19
  2. Terdiri dari rakyat berwarganegara Malaysia samada bumiputera atau India
  3. Berumur 18 – 60 tahun (tempoh pembiayaan sehingga umur 65 tahun)
  4. Perniagaan yang dijalankanadalah secara separuh atau sepenuh masa
  5. Memiliki lesen perniagaan seperti / permit PBT (lesen penjaja) / daftar perniagaan yang sah (SSM) atau lain – lain dokumen yang boleh mengesahkan pemohon ada menjalankan perniagaan
  6. Tidak blacklist dengan mana – mana institusi kewangan lain
  7. Tidak muflis
  8. Mempunyai rekod bayaran balik yang bagus dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
  9. Tempoh pembiayaan adalah sehingga 36 bulan atau 3 tahun 
  10. Kadar pembiayaan adalah mulai RM 1,000 hingga maksimum RM 10,000
  11. Kadar faedah yang dikenakan bagi pembiayaan CBRM ini adalah 0%

Dokumen Yang Diperlukan 

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan ini seperti berikut :

  1. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)
  2. Borang usahawan TEKUN sedia ada (JPP/BORANG/25) atau borang bukan usahawan TEKUN sedia ada (JPP/BORANG/02)
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  4. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan 
  5. Salinan penyata akaun bank untuk 1 bulan terkini
  6. Salinan salah satu bil utiliti terkini (elektrik /air / telefon)

Cara Membuat Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat secara online menggunakan Borang Permohonan Online, JPP/BORANG/25 (usahawan TEKUN sedia ada) atau JPP/BORANG/02 (bukan usahawan TEKUN sedia ada) dan JPP/BORANG/17 (borang kebenaran penzahiran  maklumat kredit individu) yang boleh didapati di laman web https://fas.tekun.gov.my/cbrm

Tarikh Permohonan Dibuka 

  • Permohonan boleh dibuat mulai 16 April 2020 dan kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh 7 hingga 10 hari  bekerja

2 Cara Penyaluran Pembiayaan CBRM   

Permohonan pembiayaan yang telah lulus akan disalurkan kepada pemohon melalui dua cara berbeza. Pemohon boleh memilih salah satu metod pembayaran iaitu seperti berikut :

  • Memilih samada 100% pembiayaan dikreditkan selepas tempoh PKP atau
  • 20% daripada nilai kelulusan dan selebihnya 80% disalurkan selepas tempoh PKP

 

Maklumat Lanjut

  • Pejabat TEKUN Nasional boleh dihubungi melalui talian telefon di 0390598888 (hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang); atau