Skim i-Saraan KWSP

Skim i-Saraan KWSP merupakan skim caruman sukarela yang membolehkan orang ramai yang tidak mempunyai pendapatan tetap mencarum secara sukarela setiap bulan. Skim ini membolehkan individu mencarum tanpa had minima dan membolehkan individu tersebut mempunyai wang simpanan semasa hari tua kelak. Bagi mereka yang berdaftar dengan i-Saraan ini, pihak kerajaan juga turut memberi caruman tambahan sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai yang bekerja sendiri untuk membuat caruman.

Melalui skim ini juga, suri rumah turut tidak terkecuali boleh menyertai i-Saraan tetapi mestilah belum berdaftar dengan Insentif Suri (i-Suri). Sekiranya suri rumah telah berdaftar dengan i-Suri, mereka perlu membatalkannya sebelum memohon i-Saraan. Namun, permohonan tersebut tertakluk kepada kelayakan dan kriteria yang ditetapkan. 

Kelebihan Simpanan Persaraan (i-Saraan)

Antara kelebihan membuat simpanan melalui i-Saraan ini adalah seperti berikut:

  • Tiada had minima caruman bulanan (mengikut kemampuan sendiri), boleh mencarum pada bila – bila masa sahaja (sehingga maksima RM 60,000 setahun) dan berhak mendapat dividen tahunan mengikut jumlah terkumpul simpanan
  • Pengecualian cukai sehingga RM 4000 
  • Merupakan kemudahan persaraan bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap serta bekerja sendiri
  • Khairat kematian sebanyak RM 2500 layak diterima oleh ahli keluarga pencarum sekiranya meninggal dunia (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Mendapat insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum iaitu RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun (dari tahun 2018 hingga 2022 sahaja)

Syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Merupakan ahli KWSP yang berdaftar
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

Dokumen Yang Diperlukan

 

Cara Memohon i-Saraan

 

  • Hantar borang permohonan yang telah lengkap diisi ke kaunter KWSP bersama kad pengenalan pemohon
  • Cap jari akan diambil sebagai pengesahan
  • Pemohon akan menerima satu slip pengesahan penerimaan setelah pendaftaran berjaya dilakukan
  • Aktifkan akaun i-Saraan anda buat pertama kali dengan membuat bayaran kali pertama
  • Lengkapkan borang bayaran caruman i-Saraan dan bayar ikut kemampuan kerana tiada had minima ditetapkan
  • Anda akan menerima satu resit rasmi setelah membuat pembayaran
  • Bagi yang telah mempunyai i-Akaun KWSP, anda boleh menggunakan i-Akaun yang sama untuk i-Saraan
  • Pastikan tiada sebarang caruman dalam tempoh 2 bulan sebelum ini kerana i-Saraan khusus untuk yang bekerja sendiri atau suri rumah sahaja

 

Kategori Bekerja Sendiri

  • Peniaga kecil
  • Pengasuh bayi
  • Petani / nelayan
  • Pemandu teksi
  • Ejen yang menerima komisen
  • Pekerja sambilan / freelancer seperti perunding, pelakon, jurulatih, pakar motivasi
  • Pemilik perniagaan samada dalam talian atau secara fizikal
  • Pemilik firma seperti akauntan, doktor atau peguam
  • Pekerja berpencen

Kaedah Simpanan di KWSP / i-Saraan Bagi Yang Bekerja Sendiri

  • Anda boleh membuat bayaran caruman di kaunter KWSP yang berhampiran menggunakan borang KWSP 6A (2)
  • Cipta akaun i-Akaun bagi memudahkan transaksi secara atas talian
  • Pengguna boleh membuat bayaran caruman melalui perbankan internet setelah permohonan diluluskan
  • Berikut merupakan kaedah mudah membuat bayaran caruman setiap bulan :
  1. Log masuk ke akaun perbankan internet anda
  2. Pilih ikon Pay & Transfer
  3. Di ruangan New Payment, pilih EPF
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan, pada bahagian EPF Account Type, pilih i-Saraan / i-Suri
  5. Masukkan jumlah wang yang ingin disimpan
  6. Klik butang Pay

Jenis Bank Untuk Perbankan Internet

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank

 

Kaunter Agen Bank (Tunai / Cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank

 

Agen Bank Berdaftar

  • Agen BSN

 

Bank Pihak Ketiga

  • Agen BSN

 

Kaunter KWSP

  • Pembayaran secara tunai / cek di kaunter KWSP di seluruh negeri dengan nilai maksimum RM 500

Setelah membuat caruman simpanan, anda boleh menyemak akaun KWSP menggunakan i-akaun bagi memastikan caruman telah dimasukkan ke akaun anda. Dengan adanya skim i-Saraan ini, orang ramai yang bekerja sendiri serta tiada pendapatan tetap masih mampu membuat simpanan setiap bulan bagi persediaan sebelum memasuki dunia persaraan. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap program – program JKM yang dikhususkan buat warga tua.