Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 untuk Wilayah Persekutuan

Mohon kerjasama tuan/puan tidak menghubungi talian dibawah kerana baitulmal menerima panggilan masuk dan whatapps yang tinggi.. Jika terdapat panggilan masuk akan menyebabkan kelewatan talian Hotline Baitulmal untuk membalas whatapps tuan/puan..

Tuan/puan juga dinasihatkan untuk whatapps satu nombor sahaja bagi menghantar dokumen permohonan. Kelewatan Baitulmal membalas whatapps anda kerana Baitulmal perlu menyemak setiap permohonan agar lengkap sebelum diproses

Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Maaf atas kesulitan yang dialami..

BANTUAN KECEMASAN KHAS COVID-19 BAITULMAL MAIWP TELAH DIBUKA SEMULA

MAIWP menyediakan bantuan kecemasan bagi yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Syarat utama adalah pemohon hendaklah menetap di Wilayah Persekutuan dan pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal.

#SOALAN1 : Apakah skim bantuan zakat yang boleh dipohon dalam tempoh PKP ini?

JAWAPAN 1: Skim Bantuan Kecemasan

#SOALAN2 : Saya merupakan penerima bantuan kewangan bulanan baitulmal MAIWP. Adakah saya layak memohon bantuan kecemasan ini?

JAWAPAN 2 : Anda tidak layak kerana anda telah terima bantuan bulanan yang telah diawalkan pada 19 Mac lalu dan bantuan tambahan zakat khas RM500 yang akan disalurkan mulai 1 April ini. Selain itu bantuan bulanan bagi bulan April juga akan disalurkan seperti biasa pada 25 April nanti

#SOALAN3 : Bantuan bulanan saya tamat bulan 3 apa yang perlu saya lakukan bagi penyambungan bantuan?

JAWAPAN 3: Bagi bantuan Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Sewa Rumah Bulanan, Bantuan Perubatan Am yang tamat bulan 3 dan bulan 4 akan disambung cara automatik. mohon asnaf untuk kemukakan dokumen di mana2 paza atau ibu pejabat selepas tamat perintah kawalan pergerakan

#SOALAN4 : Bagaimana ingin memohon bantuan kecemasan covid-19?

JAWAPAN 4 : Boleh terus whatapps sahaja ke talian hotline MAIWP.

Sumber

https://www.facebook.com/baitulmal.wp/