PERMOHONAN SPA8

Sektor awam atau sektor kerajaan menyediakan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam di mana menawarkan pelbagai kelebihan dan manfaat kepada seseorang yang berkhidmat di sektor tersebut. Antara kelebihan bekerja di dalam sektor awam ialah mempunyai elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan, elaun sara hidup (COLA), kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman, cuti yang fleksibel, kemudahan perubatan, kemudahan simpanan hari tua, peluang naik pangkat dan peluang untuk meyambung pendidikan.

Permohonan pekerjaan di dalam sektor awam adalah dikendalikan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8. Fungsi SPA adalah tertakluk kepada Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjamank, mengesahkan dalam perkhidmatan, menguruskan pemberian taraf berpencen, berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan, berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain dan merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam.

Permohonan Online dengan laman sesawang


Bagi perkara ini, pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian atau online melalui Portal SPA di ruangan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Pemohon perlu mencipta Identity Number (MyID) dan kata laluan dengan klik “Daftar Akaun Baru” dan hendaklah merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap (Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)).
Kemudian, pemohon boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPA.

SPA telah membuat penambahbaikan mulai 2019 bagi Daftar Akaun Baru dan Lupa Kata laluan. Bagi pendaftaran kali pertama, pemohon perlu mengisi nama penuh dan no kad pengenalan sebelum dihantar ke JPN untuk semakan sebelum Log Masuk. Pemohon yang sudah mendaftar tetapi tidak mengigati kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

Syarat Permohonan

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun dan memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan pemohon. SPA akan mengiklankan kekosongan jawatan pada bila – bila masa tertakluk kepada keperluan jawatan tersebut dan pemohon yang berminat perlulah mematuhi syarat yang ditetapkan serta menghantar permohonan sebelum tarikh tutup. Tempoh sah laku pendaftaran adalah satu (1) tahun dan terhad kepada lima belas (15) jawatan sahaja. Permohonan jawatan adalah berdasarkan kelayakan akademik, sebagai contoh calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja. SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria.

Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

 

Secara ringkasnya, permohonan perkerjaan sektor awam melalui SPA8i adalah seperti berikut:

 

Permohonan Borang SPA8i

Borang SPA8 secara atas talian atau online boleh didapati laman sesawang

 

Cara Membuat Permohonan SPA8 Online

  1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i.
  2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
  3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.
  4. Setelah permohonan selesai, anda perlu menunggu keputusan untuk panggilan temuduga dalam tempoh 12 bulan. Jika berjaya, sepucuk surat akan dihantar ke alamat rumah anda.
  5. Sekiranya anda gagal mendapat panggilan dalam tempoh 12 bulan bermakna permohonan anda gagal.


Selain itu, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih iaitu mySPA8i. Terdapat beberapa modul mySPA8i iaitu –

 

  1. Pendaftaran MyID;
  2. Reset Kata Laluan;

iii. Maklumat Pemohon;

  1. Maklumat Akademik;
  2. Maklumat Kokurikulum;
  3. Maklumat Tambahan;

vii. Pegawai Sedang Berkhidmat;

viii. Jawatan Dipohon; dan

  1. Pengakuan Pemohon.

 

SPA turut membangunkan aplikasi mudah alih mySPAv2 yang bertujuan membolehkan pemohon yang telah berdaftar untuk membuat semakan bagi urusan seperti berikut:

  1. Semakan MyID
  2. Jadual Temu duga

iii. Keputusan Temu duga

  1. Jadual Peperiksaan
  2. Keputusan Peperiksaan
  3. Berita

vii. Hubungi Kami

 

Bagi pengisian maklumat jawatan, pemohon hendaklah memilih jawatan yang sesuai dan mengikut kelulusan akademik. Pemohon boleh merujuk ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Berikut merupakan keterangan ringkas permohonan jawatan mengikut kelayakan akademik.

 

Ijazah/Sarjana/PHD Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang mempunyai ijazah, sarjana atau PHD.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Diploma/STP/STPM/STAM/HSC Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang mempunyai diploma, STP, STPM, STAM atau HSC.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

SPM/SVM/SKM/Sijil Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan SPM/SVM/SKM/Sijil.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

PMR/PT3 Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan PMR/PT3.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Kelayakan Bakat Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang mempunyai bakat tertentu.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Latihan Separa Perubatan Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang berminat untuk mengikuti latihan separa perubatan.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Suruhanjaya Pasukan Polis Jawatan yang layak dipohon oleh calon yang berminat untuk mengikuti skim perkhidmatan polis.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.