Program MyKasih adalah satu skim dibawah Kerajaan Madani untuk membantu kehidupan Rakyat Malaysia yang terjejas akibat peningkatan Kos Sara Hidup yang mendadak. Kerajaan telah menambah baik program MyKasih yang berbentuk subsidi bersasar. Dibawah program MyKasih, RM100 adakah diagihkan setiap bulan untuk 12 bulan kepada mereka yang layak bagi pembelian barangan asas di kedai seluruh Malaysia. Pembelian boleh dibuat secara Kad Pengenalan penerima
Kelayakan MyKasih
MyKasih ditujukan kepada Penerima STR yang sediakala dan juga mereka yang dalam pangkalan data tegar miskin eKasih.
- Warganegara Malaysia
- Kelayakan berdasarkan Panduan Garis Kemiskinan (GPK)
- Layak mendapat bantuan STR
- Nama pemohon wujud dalam pangkalan data eKasih
(Sumbangan Tunai Rakyat) STR
Pemohon perlulah berstatus lulus untuk penerimaan Sumbangan Tunai Rakyat. Permohonan boleh dibuat di atas laman STR. Anda perlulah layak untuk mendapat STR sebelum mendapat MyKasih
- Layari
- https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik di “butang Permohonan baru”
- Masukkan maklumat seperti No.MyKad , emel ,butir bayaran , Dokumen Sokongan dan sebagainya
- Masukkan Maklumat waris
eKasih
Permohonan eKasih perlulah di buat di mana-mana Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) ataupun Pejabat Daerah. Hanyalah mereka yang layak berdasarkan PGK (Panduan Garis Kemiskinan) akan dimasukkan dalam pangakalan data eKasih.
Borang Pedaftaran Kemiskinan (Ringkas) akan diberikan kepada mereka untuk permohonan eKasih. Tapisan akan dilakukan oleh pegawai yang bertugas. Status untuk permohonan eKasih boleh disemak di laman eKasih.
Borang Pendaftaran eKasih
- Isikan maklumat seperti Ketua Isi Rumah (KIR)
- No Kad pengenalan KIR
- Alamat Rumah
- Daerah
- Parlimen
- No Telefon
- Bilangan Ahli Isi Rumah
Telefon dan Pejabatan PPN di seluruh Malaysia
Semakan Kelayakan MyKasih
Semakan untuk Kelayakan MyKasih boleh dibuat dengan aplikasi MyKasih. Aplikasi MyKasih boleh dimuat turun dari Google Playstore ataupun Android App Store.
Program MyKasih adalah satu initiatif yang penting bagi penyelarasan bantuan kepada golongan B40 bagi meringankan beban kos sara hidup mereka. Kelayakanan MyKasih adalah berdasarkan kelayakan Sumbangan Tunai Rakyat dan eKasih.
