BR1M akan diteruskan untuk tahun depan

brim-2016

Bantuan Rakyat 1 Malaysia ataupun BR1M akan dibentangkan pada Bajet 2017 dan diteruskan untuk tahun 2017. BR1M 2017 akan dilaksanakan walaupun Kerajaan kerugian pendapatan 30 billion dari penurunan harga minyak sedunia.BR1M ternyata telah banyak membantu gologan yang memerlukannya. Program seperti BR1M dan amat penting bagi menolong golongan B40  (Bottom 40%) ataupun M40 (Middle 40%).  Selain dari itu bantuan seperti PR1MA juga akan mendapat perhatian pada perbentangan Bajet 2017. PR1MA juga amat penting bagi membantu gologan berpendapatan rendah dan pertengahan untuk memiliki rumah mereka.

Malaysia juga berjaya mencapai pertumbuhan sebanyak 4.1 peratus bagi 6 bulan pertama 2016 boleh dibanggakan walaupun dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Tahap hutang di negera juga dalam keadaan yang terkawal dan tidak membimbangkan. Di minggu lepas, Datuk Johari menyatakan bahawa GST tidak akan dinaikkan untuk tahun 2017.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 35 pakar ekonomi di United Kingdom rata rata bersetuju bahawa program BR1M adalah kaedah yang paling berkesan untuk membantu ekonomi setempat. Bantuan yang diberikan adakan digunakan oleh penerima untuk membeli barang barang kegunaan asas. Apa bila wang bantuan ini diterima, ia akan digunakan untuk membeli keperluan seperti ikan, sayur,daging, kasut ataupun pakaian. Ini tidak samping akan membantu ekonomi domestik setempat. Oleh itu pemberian BR1M tidak boleh disamakan dengan pemberian dedak yang dinyatakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kerajaan juga telah melaksanakan banyak usaha bagi membantu rakyat dalam pembangunan negara. Projek seperti LRT, MRT akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dari sektor pengankutan dan kejuruteraan. Disamping itu, projek pengangkutan seperti itu akan membantu menyelesaikan masalah pengangkutan di ibu kota. Banyak pihak terutamanya dari perniagaan akan mendapat impak positif dari projek pengankutan yang dilaksanakan.

Selain dari itu, projek seperti High Speed Railway (HSR) juga akan membantu ekonomi di negeri negeri yang berkenaan. Projek seperti HSR akan membuka perluang baru dari segi perniagaan antarabangsa dan pelancongan.Impak positif dari projek projek yang dilaksanakan akan memberi manfaat jangka masa panjang untuk negara.