Asuh Pintar

Permohonan Bantuan Yuran Taska & Nurseri RM 100 Sebulan Bagi Tahun 2021

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan skim Bantuan Bantuan Asuhan Anakku Pintar 2021 (Asuh Pintar) kepada rakyat Selangor. Skim bantuan diberikan kepada para ibu bapa yang memiliki anak berumur empat tahun ke bawah serta berpendapatan di bawah RM 5000 bagi menampung bayaran yuran taska atau nurseri dengan kadar RM 100 sebulan. Bantuan sebanyak RM 100 ini akan diberikan setiap bulan dan dibayar terus ke Taska atau Nurseri kanak – kanak tersebut. Pada tahun 2020, kerajaan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM 645,000 bagi menyalurkan bantuan kepada 683 permohonan yang berjaya.

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Ibu atau bapa mestilah memenuhi syarat berikut sebelum membua permohonan :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Dilahirkan serta menetap di negeri Selangor; atau
  • Sekiranya bukan kelahiran Selangor, mestilah menetap secara sah di negeri Selangor sekurang – kurangnya 5 tahun dan perlu mendapatkan pengesahan dari Ketua Kampung / Pengerusi Penduduk Taman Perumahan
  • Pendapatan bulanan isi rumah mestilah di bawah RM 5000
  • Merupakan pasangan yang bekerja 
  • Anak mestilah berumur 4 tahun dan ke bawah (maksimum 2 orang anak sahaja)
  • Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Ibu bapa mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai pengundi  

 

Senarai Taska / Nurseri Berdaftar

Ibu bapa boleh membuat semakan terlebih dahulu sama ada Taska atau Nurseri tersebut adalah berdaftar dengan pihak JKM atau tidak secara dalam talian di 

http://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php.

 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan dibuka setiap masa dan tarikh tutup permohonan adalah pada setiap 15 haribulan bagi melayakkan pemohon menerima bantuan bagi bulan tersebut. Contohnya bagi mendapat  bantuan pada bulan Februari 2021, pemohon mestilah menghantar permohonan sebelum atau pada 15 Februari 2021. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja iaitu seperti berikut :

  • Klik pada menu Permohonan Online
  • Masukkan nombor MyKad dan klik butang Semak
  • Klik butang Permohonan Baru dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Sekiranya telah lengkap, klik butang Daftar
  • Pastikan anda mencetak boring permohonan dan hantarkan bersama dokumen sokongan ke alamat emel [email protected] atau melalui pos ke alamat berikut : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),

Aras 5, Kompleks Generasi Muda dan Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,

Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

 

Senarai Dokumen

Pemohon perlu menyertakan salinan dokumen berikut bersama borang permohonan :

  • Salinan sijil kelahiran / MyKid anak
  • Salinan MyKad ibu dan bapa
  • Salinan sijil perakuan anak angkat / sijil kematian / sijil cerai (sekiranya perlu)
  • Salinan slip gaji / surat akuan pengesahan pendapatan ibu dan bapa
  • Cop pengesahan Taska atau Nurseri anak (cop di borang permohonan)
  • Salinan slip pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa
  • Sekiranya pemohon bukan kelahiran Selangor, dokumen tambahan diperlukan iaitu seperti berikut :
  1. Salinan bil utiliti, bil elektrik, ASTRO, TM, muka depan buku merah ibu
  2. Cop pengesahan bermastautin (cop di borang permohonan)
  • Borang berserta dokumen sokongan mestilah dihantar ke YAWAS dalam tempoh 14 hari setelah permohonan secara dalam talian dilakukan

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada YAWAS melalui talian 

03-5481 8800.