Maklumat Bantuan Sara Hidup 2019

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) hanya akan dibuat selepas 5 Februari 2018 iaitu setelah perayaan Tahun Baru Cina. Ini berikutan pihak sekretariat perlu membuat semakan yang lebih telus supaya hanya penerima yang layak sahaja akan menerima bantuan. Bantuan Sara Hidup merupakan nama baru bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Nama bantuan ini telah diubah semenjak transformasi pucuk pimpinan negara yang baru. Bantuan ini dijangka akan disalurkan mulai hujung bulan Februari hingga awal bulan Mac 2019. Penerima yang layak hanya perlu menunggu bantuan disalurkan ke akaun bank masing – masing. Walau bagaimana pun, pemohon yang pernah menerima BR1M perlu membuat pengemaskinian maklumat bagi mengelakkan sebarang kelewatan penerimaan bantuan, atau keciciran nama.

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

Terdapat dua cara untuk memohon Bantuan Sara Hidup 2019 ini iaitu permohonan secara manual dan juga secara online.

Permohonan BSH 2019 Secara Online

1. Sila layari portal rasmi BSH iaitu https://bsh.hasil.gov.my/

2. Masukkan maklumat peribadi di ruangan permohonan

3. Isi dan lengkapkan segala maklumat dengan betul. Pemalsuan maklumat akan menyebabkan permohonan anda gagal dan akan ditolak.

4. Pastikan borang tersebut dicetak setelah maklumat lengkap diisi. Ia adalah sebagai rujukan masa hadapan.

5. Anda perlu mengingati jawapan soalan keselamatan supaya tidak salah memasukkan jawapan ke dalam sistem. Sekiranya terdapat lebih 3 kali kesalahan jawapan, akaun anda akan disekat.

6. Hantarkan borang permohonan yang lengkap ke pihak sekretariat BSH. Pemohon akan dimaklumkan sekiranya berjaya atau pun tidak.

7. Alasan kegagalan permohonan akan dimaklumkan oleh pihak sekretariat..

8. Sekiranya pemohon tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, boleh berkunjung sendiri ke cawangan LHDN yang berhampiran untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan.

Permohonan BSH Secara Manual

1. Sila dapatkan borang permohonan BSH 2019 yang boleh didapati di cawangan / UTC LHDN / pusat khidmat Hasil yang berhampiran. Pemohon juga boleh muat turut borang di portal rasmi BSH 2019 setelah pengumuman dibuat.

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke cawangan / UTC LHDN / pusat khidmat Hasil yang berhampiran sebelum tarikh akhir yang akan diumumkan

Cara Mengemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup Rakyat

Bagi pemohon yang pernah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia, mereka perlu membuat pengemaskinian maklumat peribadi iaitu sebelum Januari 2019. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang keciciran nama. Selain itu, ia adalah untuk memastikan setiap pemohon yang akan menerima bantuan sememangnya layak mendapat BSH.

Cara- cara untuk mengemaskini maklumat peribadi adalah seperti berikut :

1. Sila layari laman web https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx

2. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik login. Klik butang kemaskini.

3. Pastikan anda telah mengisi setiap maklumat dengan betul.

4. Cuba elak memasukkan jawapan yang salah untuk soalan keselamatan melebihi 3 kali.

5. Maklumat penting seperti nombor telefon untuk dihubungi, alamat rumah dan no akaun bank diisi dengan betul.

6. Sekiranya pemohon tiada waris, sila klik pilihan tiada waris.

7. Cetak borang tersebut setelah lengkap maklumat yang diisi,

Semakan Keputusan Bantuan Sara Hidup

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan BSH melalui portal rasmi LHDN. Ia juga boleh disemak menggunakan mobile apps menggunakan telefon bimbit masing – masing.

Nombor Telefon Untuk Dihubungi

Anda boleh menghubungi sekretariat BSH sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan BSH. Berikut merupakan nombor – nombor telefon yang boleh dihubungi :

1. Talian hotline Kementerian Kewangan

03 – 8882 4566 atau 03 – 8882 4565

2. Talian hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat

1 – 800 – 88 – 2716

Sekretariat BSH ini boleh dihubungi mulai jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang setiap hari bekerja sahaja.

Sekretariat MoF

Pemohon juga boleh datang terus berjumpa dengan para sekretariat Mof untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan di alamat berikut :

Pusat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

Presint 2, 62592 Putrajaya

Kaunter Bantuan Sara Hidup juga dibuka di seluruh Malaysia. Waktu operasi kaunter BSH adalah seperti berikut :

1. Cawangan semenanjung: mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang

2. Cawangan Sabah / Sarawak: mulai 8:00 pagi hingga 5:00 petang

Kaunter dan pejabat BSH tidak dibuka pada hari cuti.

Urusan Waris BSH 2019

Anda hanya perlu mengisi borang waris. Ia boleh dimuat turut di https://bsh.hasil.gov.my/manualPengguna/BK-20.pdf. Borang ini adalah untuk tuntutan bantuan waris kepada penerima bantuan yang telah meninggal dunia. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke cawangan pejabat LHDN yang berhampiran.

Skim Khairat Kematian BSH

Skim Khairat Kematian ini merupakan bantuan kepada pewaris kepada penerima bantuan yang telah meninggal dunia. Skim ini melayakkan pewaris menerima RM 100 sebagai bantuan khairat kematian tertakluk kepada syarat iaitu penerima bantuan telah meninggal dunia pada tarikh antara 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.

Bagi menuntu wang khairat kematian tersebut, beberapa dokumen perlu disediakan iaitu :

1. Sijil kematian asal dan juga sesalinan sijil

2. Kad pengenalan pewaris yang menuntut

3. Dokumen membuktikan pertalian darah antara penerima bantuan dan juga pewaris

Skim ini hanya boleh dituntut setelah beberapa dokumen ini disahkan benar dan hanya boleh dituntut pada tahun kematian sahaja