Seperti mana yang telah diumumkan semasa pembentangan Bajet 2020, pemberian Bantuan Sara Hidup (BS) akan tetap diberikan kepada golongan B40 iaitu pemohon yang layak pada tahun 2020. Walau bagaimana pun, syarat kelayakan permohonan sentiasa dikaji semula agar hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja layak menerima bantuan. Segala maklumat mengenai permohonan dan cara mengemaskini maklumat akan sentiasa dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM 1 bilion untuk melaksanakan skim bantuan ini pada fasa pertama. BSH ini akan memanfaatkan sehingga 3.8 juta isi rumah.
Kategori Penerima BSH
- Isi rumah dengan pendapatan RM 2000 sebulan ke bawah
- Isi rumah dengan pendapatan RM 2001 hingga RM 3000 sebulan
- Isi rumah dengan pendapatan RM 3001 hingga RM 4000 sebulan
- Individu bujang dengan pendapatan RM 2000 sebulan ke bawah dan berumur 40 tahun
- Orang Kurang Upaya dengan pendapatan RM 2000 sebulan ke bawah dan berumur 18 tahun atau lebih
Cara Permohonan BSH 2020
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi BSH iaitu di https://bsh.hasil.gov.my
- Pemohon juga boleh menggunakan aplikasi BSH yang dimuat turun ke telefon pintar melalui Apple Store atau Play Store
- Menggunakan borang manual yang boleh didapati secara percuma dari kaunter cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau memuat turun borang tersebut dari portal rasmi BSH
- Tarikh pendaftaran permohonan BSH dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
Permohonan baru atau kemaskini maklumat BSH perlu dilakukan sekiranya :
- Pemohon tidak pernah memohon atau mendaftar permohonan BSH
- Permohonan BSH 2019 gagal tetapi memenuhi syarat kelayakan
- Permohonan OKU tetapi tidak menerima bantuan JKM dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan
Kategori berikut tidak perlu membuat pengemaskinian maklumat :
- Pemohon yang lulus BSH 2019 dan tiada sebarang penambahan / perubahan maklumat
- Pemohon merupakan seorang OKU yang disenaraikan sebagai penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kemaskini maklumat BSH 2020 adalah penting kerana :
-
- Sekiranya terdapat pertambahan anak pada tahun semasa adalah perlu dikemaskini jumlah tanggungan baru
- Maklumat yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan gagal, pengemaskinian maklumat memberi peluang untuk pemohon tersenarai sebagai penerima bantuan
- Kesilapan nombor akaun bank akan menyebabkan wang bantuan tidak dapat disalurkan dengan mudah. Kemaskini nombor akaun bank akan memudahkan pengkreditan terus wang bantuan
- Membuktikan bahawa penerima BSH sebelum ini masih hidup
Penyaluran bantuan fasa pertama akan dibuat mulai 20 Januari 2020 untuk kategori isi rumah manakala bakinya akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga. Bagi kategori bujang dan OKU pula, pembayaran akan dibuat secara one-off yang akan dibayar pada fasa kedua. Tempoh masa yang diberikan mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020 memberi peluang kepada pemohon yang sebelum ini gagal untuk menghantar permohonan semula dengan maklumat yang terkini.