Permohonan dan kemaskini untuk BR1M 2018 akan dibuka pada 27 November 2017 dah ditutup pada 31 Disember 2017. Mengikut Kementerian Kewangan, permohonan dan kemaskini boleh dibuat secara online di laman portal BR1M ataupun secara offline di mana mana cawangan LHDN ataupun cawangan UTC seluruh negara. Borang manual juga boleh dimuatkan dari laman rasmi BR1M.
Bagi pasangan yang telah meningal dunia hendaklah membuat permohonan BR1M baru dan disertakan dengan sokongan. Penerima BR1M terdahulu dinasihatkan untuk membuat kemaskini tiga tahun sekali bagi memastikan maklumat adalah tepat.
Perdana Menteri Najib Razak menyatakan BR1M akan di teruskan untuk tahun 2018 pada kadar yang sama di mana bayaran tertinggi RM 1,200 kepada isi rumah eKasih.
Kerajaan berharap pemberian BR1M akan membantu meringankan beban dan kos sara hidup rakyat. Segala pertayaan BR1M boleh dibuat pada 1-800-88-2716 atau email ke [email protected]