Permohonan baharu BR1M 2017 dilanjutkan kepada 13 Januari

Tarikh Permohonan baharu untuk BR1M 2017 akan dilanjutkan kepada 13 Januari 2017. Sebelum ini permohonan BR1M bermula dari 5 Disember dan akan ditutup pada 31 Disember 2016.

Pembukaan permohonan BR1M telah mendapat sambutan yang mengalakkan di seluruh Malaysia. Bayaran untuk ketegori isu rumah akan dibahagi kepada tiga fasa. Bayaran pertama BR1M akan bermula pada bulan Febuari, Jun dan Ogos. Bayaran untuk ketegori individu pula akan dibuat pada bulan Febuari.

Perdana Menteri Dato Seri Najib menyatakan bahawa bantuan seperti BR1M boleh membantu membagunkan ekonomi tempatan dan bukan untuk membuat rakyat bergantung kepada kerajaan. BR1M yang bermula pada tahun 2012 bukan sahaja dapat membantu meringankan beban rakyat tetapi memperkasakan ekonomi setempat apabila bantuan yang diterima digunakan di kedai runcit, pasar malam ataupun kebun untuk membeli keperluan asas mereka.

Permohonan BR1M adalah percuma dan boleh dibuat pada mana mana cawangan LHDN di Malaysia.

Sumber: AstroAwani