i-Sinar KWSP

Bayaran i-Sinar bermula 3 Mei secara beperingkat sehingga 11 Mei 2021

Bayaran i-Sinar telah bermula?

Rata-rata banyak permohon i-Sinar sudah post screenshot pengeluaran wang i-Sinar mereka di social media. Bank yang mula diterima adalah RHB ,Maybank , BSN 

 

Tarikh pembayaran i-Sinar adalah bergantung kepada invidu. Untuk menyemak tarikh anda, sila login ke i-Akuan kemudian, pergi ke bagaian withdrawal, Withdrawal History, kemudian klik di i-Sinar

Cara membuat semakan tarikh bayaran i-Sinar

1.  Login ke iakaun

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/landingpage.html

2. Pilih Withdawal

 

3. Pilih Withdrawal History

 

4. Pilih i-Sinar

 

 

5. Tarikh akan ditulis di laman i-Akaun , bergantung kepada akaun individu

 

 

8 Juta Ahli KWSP Layak Keluarkan 10 Peratus Daripada Akaun 1 

 

 

 

Seramai 8 juta ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak 10 peratus wang simpanan daripada Akaun 1. Pengeluaran ini akan memberi manfaat kepada ahli KWSP dan ianya merupakan skop i-Sinar yang telah diperluaskan bagi yang telah kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan juga tiada sumber pendapatan. Ahli boleh mula membuat permohonan mulai Disember 2020. Sebanyak RM 14 bilion telah tersedia untuk ahli yang layak membuat babulan setelah permohonan dibuat dan pengkreditan pertama bermula pada Januari 2021. Pengkreditan wang ke akaun bank ahli akan dilakukan secara berkala iatu selama tempoh enam bulan bermula dari tarikh pertama pengkreditan.

Ahli KWSP yang layak boleh mengakses sehingga 10 peratus daripada caruman dalam Akaun 1, namun ianya adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM 100. Sebagai contoh, ahli yang mempunyai baki sebanyak RM 90,000 dan ke bawah boleh membuat pengeluaran sehingga RM 9,000, di mana pengeluaran pertama adalah sehingga RM 4,000. Walau bagaimana pun, bagi yang mempunyai baki melebihi RM 90,000, pengeluaran pertama adalah sehingga RM 10,000 dan pengeluaran pendahuluan maksima adalah sebanyak RM 60,000. Bagi yang memilih skim i-Sinar ini perlu menggantikan semula amaun yang telah didahulukan atau dikeluarkan dari simpanan. Caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke Akaun 1 berbanding kadar pecahan asal iaitu 70 peratus untuk Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2. Penggantian amaun ini dilaksanakan sehingga amaun wang pendahuluan yang diterima selesai diganti semula.

Setiap ahli digalakkan mendapat nasihat kewangan terlebih dahulu daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berhubung jumlah amaun yang perlu dipohon melalui skim i-Sinar bagi mengelakkan sebarang masalah atau isu kelangsungan hidup di masa hadapan. Pihak KWSP akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai terma dan syarat kelayakan i-Sinar ini dalam masa terdekat bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan.